
Bab 2 : Hadis
Apa yang akan anda pelajari dalam bab ini

Hadis merujuk kepada perkataan, perbuatan atau persetujuan Nabi Muhammad SAW. Dalam hadis, terdapat dua elemen penting iaitu sanad (rantai periwayatan) dan matan (isi kandungan).
Hadis memainkan peranan penting sebagai sumber hukum Islam selain daripada Al-Quran. Kita juga akan mempelajari perbandingan antara hadis dengan Al-Quran serta perbandingan antara hadis Nabawi dan hadis Qudsi.
Dengan mempelajari bab Hadis, kita akan lebih memahami sumber hukum Islam dan dapat mengaplikasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan kita.