Kepentingan Rancangan Perniagaan |
- Memberi peluang kepada usahawan menilai projek yang dirancang dengan teliti.
- Sebarang kesilapan ketika menguruskan perniagaan dapat dikurangkan kerana rancangan perniagaan yang disediakan dijadikan sebagai garis panduan dalam hala tuju pengurusan perniagaan.
- Merancang keperluan sumber perniagaan.
- Keperluan sumber perniagaan adalah seperti sumber manusia, sumber fizikal dan sumber pembiayaan.
- Perancangan yang teliti dalam merancang dan mengagihkan keperluan sumber perniagaan dapat membantu perniagaan beroperasi dengan lebih sistematik dan lebih jelas.
- Menjangka risiko dan masalah yang timbul semasa melaksanakan projek perniagaan.
- Risiko dan masalah yang bakal timbul dalam perniagaan seperti kekurangan modal dan pemilihan lokasi yang tidak strategik dapat dikurangkan.
- Semasa menyediakan rancangan perniagaan, usahawan dapat meramal risiko dan masalah serta berusaha menangani risiko dan masalah tersebut dalam dunia perniagaan sebenar.
- Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang berdaya maju atau tidak.
- Gambaran bahawa projek yang dijalankan berpotensi berdaya maju dapat membantu menyakinkan pihak seperti pelabur, bank dan pihak berkepentingan untuk pelaburan atau pembiayaan.
- Meyakinkan pihak pelabur atau bank.
- Kemampuan perniagaan untuk menjelaskan segala hutang perniagaan dapat ditunjukkan dengan melihat kos yang terlibat dan kadar keuntungan yang diperoleh.
- Tanggapan positif pihak pelabur terhadap prestasi perniagaan dapat membantu perniagaan untuk memperoleh sumber kewangan yang diperlukan.
|
|