Back

Jenis Pembiayaan Dalaman dan Luaran yang Sesuai untuk Sesebuah Perniagaan

 
3.2 Jenis Pembiayaan Dalaman dan Luaran yang Sesuai untuk Sesebuah Perniagaan
 
Sumber Pembiayaan Dalaman
  1. Simpanan peribadi;
    • Perniagaan dimulakan dengan wang simpanan peribadi.
       
  2. Modal dari keuntungan (rizab);
    • Perniagaan dimulakan dengan wang rizab.
    • Rizab ialah keuntungan yang diperoleh dari hasil pelaburan.
    • Rizab digunakan sebagai modal pusingan.
 
Sumber Pembiayaan Luaran
1. Pembiayaan daripada bank dan institusi kewangan
  • Modal permulaan
  • Sewa beli
  • Pajakan
  • Pemfaktoran
  • Syer
  • Overdraf
  • Pinjaman perniagaan gadaian / Ar-Rahnu
2. Pembiayaan daripada agensi kerajaan
  • Bantuan modal
  • Jaminan kredit
  • Geran penyelidikan dan pembangunan
 
Sumber Pembiayaan Luaran
1. Pembiayaan dari bank dan institusi kewangan
  1. Modal permulaan;
    • Diberikan kepada usahawan yang hendak mulakan perniagaan.
    • Dikenali sebagai Sumber Modal Formal.
    • Pinjaman berbentuk pinjaman berpenggal, pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang.
       
  2. Sewa Beli;
    • Aktiviti sewa aset;
      • Tujuan : Untuk membeli aset tersebut setelah selesai bayaran ansuran.
      • Bank akan beli dahulu aset tersebut dan sewakan.
      • Hak milik akan berpindah setelah selesai bayaran ansuran.
         
  3. Pajakan;
    • Bank / Institusi kewangan sewa mesin / jentera kepada usahawan
    • Bank / Institusi kewangan / syarikat pajakan pegang hak milik mesin
    • Usahawan = Penyewa
    • Usahawan perlu membayar sewa sepanjang tempoh pajakan
    • Contoh: Aset yang biasa dipajak seperti mesin, kenderaan dan premis
    • Kebaikan pajakan kepada usahawan:
      • Dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan modal.
      • Hanya perlu bayar sewa sahaja.
      • Kos kerosakkan mesin / aset ditanggung oleh syarikat pajakan.
      • Penjimatan melalui bayaran sewa yang rendah.
         
  4. Syer;
    • Bahagian dalam modal perniagaan / saham.
    • Syer diterbitkan untuk dapatkan modal.
    • Bank Saudagar menjadi penanggung jaminan terbitan syer oleh syarikat awam.
    • Bank saudagar akan beli syer yang tidak dapat dilanggan oleh pelabur.
       
  5. Overdraf;
    • Kemudahan kredit yang disediakan oleh bank perdagangan.
    • Diberikan kepada pemegang akaun semasa.
    • Wang boleh dikeluarkan melebihi jumlah simpanan.
    • Faedah dikenakan atas jumlah overdraf yang digunakan ikut kadar harian.
       
  6. Pinjaman perniagaan gadaian / Ar-Rahnu;
    • Barang beharga dijadikan cagaran untuk dapatkan pinjaman.
    • Jika hutang tidak dapat dibayar, barang cagaran akan jadi hak milik Ar-Rahnu.
    • Kelayakan Pemohon Gadaian;
      • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemaustatin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.
      • Tidak Muflis.
    • Hak Gadaian;
      • Pinjaman maksimum sehingga 80% daripada nilai semasa barang kemas (nilai marhun) atau RM100,000.00 bagi setiap pelanggan (RM25K bagi setiap Surat Akuan Gadaian).
      • Pinjaman minimum adalah RM250.00 bagi setiap satu jenis barangan gadaian.
    • Tempoh Gadaian;
      • Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, dan boleh dilanjutkan selama 3 bulan sebanyak 4 kali tertakluk kepada penyelesaian upah simpan terdahulu.
    • Bayaran Ansuran Gadaian;
      • Pembayaran upah simpan dan pinjaman boleh dibuat secara ansuran di mana-mana cawangan, mesin ATM, CDM dan Perbankan Internet
    • Kelebihan;
      • Produk yang mematuhi garis panduan syariah.
      • Bebas dari unsur Riba dan Gharar.
      • Upah simpan yang rendah.
      • Had pinjaman yang tinggi.
         
  7. Pemfaktoran;
    • Peniaga boleh menjual akaun belum terimanya / invois kepada syarikat pemfaktoran / bank untuk mendapatkan wang tunai dengan segera.
    • Jumlah wang tunai yang diterima oleh peniaga adalah jumlah nilai akaun belum terima / invois setelah ditolak kadar faedah dan bayaran perkhidmatan antara 1 – 2 peratus atas nilai aset akaun belum terima / invois.
    • Contoh: Syarikat pemfaktoran : Public Leasing and Factoring Sdn. Bhd.
    • Kebaikan kepada peniaga;
      • Boleh mendapat wang tunai dengan segera.
      • Dapat mengelakkan risiko hutang lapuk.
      • Mengatasi masalah aliran tunai.
      • Tidak perlu lagi mengawasi akaun belum terima.
 
2. Agensi kerajaan
  1. Kerajaan sediakan pelbagai skim dan dana kewangan antaranya;
    • Bantuan modal;
      • Mudah diperoleh.
      • Diurus oleh institusi kewangan terlibat.
    • Jaminan kredit;
      • Jaminan kepada peniaga untuk dapatkan pinjaman bank.
      • Peniaga tiada cagaran atau status kewangan tidak memuaskan.
    • Geran penyelidikan dan pembangunan;
      • Untuk galakkan syarikat lebih inovatif gunakan teknologi sedia ada.
      • Cipta teknologi / produk baru.
      • Kerajaan sediakan pelbagai skim dan dana kewangan, Antaranya: Bantuan modal, jaminan kredit serta geran penyelidikan dan pembangunan.

 

 
Agensi Kerajaan Yang Menyediakan Kemudahan Pembiayaan
  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA):
    • Membantu perniagaan Bumiputera.
    • Bantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memulakan dan kembangkan perniagaan.
    • Pembiayaan sektor perniagaan patuh syariah seperti pembuatan, peruncitan.
    • Antara skim yang MARA tawarkan ialah:
      • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress(SPiKe).
      • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM).
      • Skim Jaminan Usahawan Mara (SJUM).
    • MARA sediakan kemudahan ruang niaga, gerai, tapak kilang dan arked.
    • MARA juga sediakan kursus dan latihan untuk usahawan.
       
  2. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN);
    • Konsep TEKUN: Pinjaman asas simpanan-pinjaman diberi sebagai modal tambahan.
    • Objektif TEKUN:
      • Beri modal tambahan kepada peniaga.
      • Menggalakkan budaya menabung dalam kalangan peniaga.
      • Wujudkan jaringan usahawan.
      • Bina kemahiran usahawan.
    • Skim yang ditawarkan TEKUN:
      • Skim Pembiayaan Program TemanNita.
      • Skim pembiayaan Kontrak-I.
      • Skim pembiayaan Teman Tekun.
      • Skim pembiayaan Tekun Niaga.
      • Program pembangunan Usahawan Bekas Tentera.
      • Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera.
    • Jumlah Pinjaman: Antara RM500 hingga RM50,000.
    • Tempoh Bayaran Balik: Antara sebulan hingga 5 Tahun.
       
  3. Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad / Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (CGC):
    • Membantu usahawan PKS yang tidak ada cagaran untuk mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan supaya lebih berdaya maju.
    • CGC bertindak sebagai pemberi jaminan kredit untuk memudahkan permohonan pinjaman diterima oleh bank.
       
  4. Agrobank:
    • Dimiliki oleh kerajaan di bawah kementerian Kewangan.
    • Pembangunan dan perniagaan berkaitan pertanian.
    • Sediakan dana dan tabung pinjaman.
    • Kadar caj perkhidmatan rendah.
    • Pembiayaan untu beli tanah, mesin, jentera, jentolak.
    • Antara dana yang disediakan ialah;
      • Modal Usahawan 1 Malaysia(MUSIM-i).
      • Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-I(Tawarruq).
      • Program Agropreneur Muda(PAM).
         
  5. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI):
    • Tawarkan geran insentif dalam bidang sains dan teknologi.
    • Tujuan : untuk galakkan syarikat terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan produk.
    • Dana yang diperkenalkan;
      • DANA SMART-untuk cari usahawan / penyelidik dalam bidang teknologi, pemprosesan dan produk.
      • DANA GO- terbahagi kepada 2 iaitu;
        • Dana Fasiliti.
        • Dana Inno.
 
Dana Fasilitasi
Untuk bantu pemohon kurangkan jurang kegagalan antara fasa pra pengkomersialan kepada pengkomersialan.
 
Dana Inno
Untuk biayai pembangunan atau penambahbaikan produk / perkhidmatan dengan unsur inovasi.