Back

Prosedur Mendapatkan Sumber Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan

 
3.5 Prosedur Mendapatkan Sumber Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan
 
 
Prosedur Am Sumber Pembiayaan
1. Menyediakan rancangan perniagaan
  • Usahawan menyediakan rancangan perniagaan sebagai pelan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak yang berkenaan.
2. Mendapatkan khidmat nasihat kewangan
  • Khidmat nasihat kewangan boleh didapati daripada pihak bank atau agensi kerajaan yang dipilih oleh seseorang usahawan.
  • Semasa ingin memohon pembiayaan perniagaan, usahawan boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kelayakan, had pembiayaan, cagaran, margin pembiayaan dan kaedah bayaran balik.
3. Membuat permohonan
  • Usahawan hendaklah memohon pembiayaan daripada institusi kewangan atau agensi kerajaan yang dipilih dengan mematuhi segala prosedur dan syarat am.
4. Pembiayaan diluluskan
  • Menerima surat pemberitahuan daripada sumber pembiayaan tentang kelulusan permohonan.