Dalam bidang ini, kita akan mempelajari tentang aqidah.
Kita perlu memahami nama Allah SWT iaitu Al-Muntaqim yang bermaksud Yang Maha Pembalas dan Al-Jabbar yang bermaksud Yang Maha Kuasa.
Selain itu, kita perlu memahami perkara-perkara yang boleh membatalkan iman dan menghindari ajaran sesat dengan adab dan istiqamah.
Oleh itu, penting untuk kita memahami maksud, dalil naqli dan mengamalkan pengajaran ini dalam kehidupan seharian.
• Menyatakan maksud Al-Muntaqim dan Al-Jabbaar
• Menyatakan dalil naqli Al-Muntaqim dan Al-Jabbaar
• Merumuskan kefahaman mengenai nama Allah Al-Muntaqim dan Al-Jabbaar serta menghubungkaitkannya dengan kehidupan
• Menanamkan perasaan takut terhadap pembalasan dan kekuasaan Allah s.w.t secara beradab dan istiqamah
• Menerangkan perkara membatalkan iman: i) Iktikad ii) Perkataan iii) Perbuatan
• Menerangkan kesan melakukan perkara yang membatalkan iman
• Menerangkan syarat terbatalnya iman
• Merumuskan cara menjauhi perkara yang membatalkan iman
• Menjauhi perkara yang membatalkan iman secara beradab dan istiqamah
• Menyatakan takrif ajaran sesat
• Menjelaskan ciri dan contoh ajaran sesat
• Menerangkan kesan melakukan ajaran sesat
• Merumuskan cara menjauhi ajaran sesat
• Menjauhi ajaran sesat secara beradab dan istiqamah
There is no chapter or topic to show
No live tuition recordings for this chapter yet.