Chapter 4: Feqah
What you need to learn in this chapter
Dalam bidang ini, kita akan mempelajari tentang feqah.
Kita akan mempelajari beberapa konsep penting antaranya memahami konsep fardhu ain dan fardhu kifayah serta cara mengamalkannya dengan betul dan istiqamah.
Kedua, kita akan mempelajari tentang pengurusan jenazah iaitu konsep dan kewajipan terhadap jenazah.
Ketiga, kita akan memahami tentang zakat penyuci harta seperti konsep dan jenis-jenis zakat.
Seterusnya, kita akan mempelajari tentang Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta makna perayaan tersebut bagi umat Islam.
Selain itu, kita akan mendalami tentang qiamullail pemangkin kekuatan jiwa.
Akhir sekali, kita akan mempelajari tentang solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat hajat.
Topics in this chapter
What you will learn in this topic
- Menyatakan maksud Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah berserta contoh
- Merumuskan kesan penghayatan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah terhadap diri, masyarakat dan negara
- Menyempurnakan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah secara beradab dan istiqamah
What you will learn in this topic
- Menyatakan maksud, hukum dan dalil pengurusan jenazah
- Menyatakan tindakan ketika menghadapi orang yang sedang nazak
- Menjelaskan tindakan awal terhadap jenazah ketika berlaku kematian
- Menerangkan kewajiban terhadap jenazah: i) Memandikan ii) Mengkafankan iii) Menyembahyangkan iv) Mengebumikan
- Menerangkan adab menziarahi jenazah
- Melaksanakan amali pengurusan jenazah
- Melaksanakan solat jenazah dan menziarahi jenazah secara beradab dan istiqamah
What you will learn in this topic
- Menyatakan maksud, hukum dan dalil zakat
- Menjelaskan syarat wajib mengeluarkan zakat
- Menerangkan jenis zakat
- Menerangkan asnaf yang layak menerima zakat
- Merumuskan hikmah pensyariatan zakat
- Melaksanakan amalan bersedekah secara beradab dan istiqamah
What you will learn in this topic
- Menyatakan maksud Aidilfitri dan Aidiladha
- Menerangkan kaifiat solat sunat dan khutbah Hari Raya
- Menjelaskan amalan yang disunatkan semasa menyambut Hari Raya
- Melaksanakan amali solat sunat dan khutbah Hari Raya
- Menyempurnakan amalan sunat menyambut Hari Raya secara beradab dan istiqamah
What you will learn in this topic
- Menyatakan maksud, hukum dan dalil Qiamulail
- Menerangkan amalan semasa Qiamulail
- Merumuskan kelebihan orang yang mengamalkan Qiamulail
- Melaksanakan amali Qiamulail
- Melaksanakan Qiamulail secara beradab dan istiqamah
What you will learn in this topic
- Menyatakan maksud, hukum dan dalil solat sunat Tahiyatul Masjid
- Menyatakan maksud, hukum dan dalil solat sunat Hajat
- Menerangkan hikmah menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat sunat Hajat
- Melaksanakan amali solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat sunat Hajat
- Melazimi solat sunat Tahiyatul Masjid dan Hajat secara beradab dan istiqamah
Treat yourself with rewards for your hard work
Learn more »