Mantan Nazir Kanan, Kementerian Pendidkan Malaysia
About author
Rohani binti Mohamed ialah Mantan Nazir Kanan Sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Sembilan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan telah berkhidmat sebagai Nazir Sekolah selama 17 tahun. Secara keseluruhan, perkhidmatan beliau dalam Kementerian Pendidikan Malaysia ialah 39 tahun.
Memiliki Sarjana dalam Applied Linguistics (Universiti Putra Malaysia), Sarjana Muda dalam Teaching English As Second Languages (TESOL) (University of Manchester, United Kingdom), Diploma in Management (University of Birmingham, United Kingdom), Diploma in English as Second Language (University Malaya) dan Sijil Latihan Perguruan (Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban).
Beliau mempunyai pengalaman mengajar di beberapa buah sekolah iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Negeri Sembilan. Selain itu, beliau pernah memegang jawatan Guru Besar di beberapa buah sekolah rendah.
Beliau juga pernah melibatkan diri dalam program-program pendidikan bersama sekolah anjuran peringkat negeri dan kebangsaan. Disamping itu, beliau pernah membentang beberapa kertas kerja dalam seminar dan konferens pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga adalah seorang penulis bagi Buku Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2003 dan 2010 bagi versi Bahasa Inggeris.
Akhir sekali, beliau seringkali dijemput untuk memberi ceramah dan berkongsi pengalaman bersama guru-guru di sekolah rendah dan sekolah menengah.