Kemurungan Semasa Pandemik Covid-19

Kemurungan Semasa Pandemik Covid-19

Share this post

Wabak pandemik Covid -19 yang bermula pada tahun 2020 ialah satu anjakan paradigm dalam kehidupan seseorang. Kehidupan yang perlu dilaksanakan semasa pandemik ini ialah daripada norma  biasa kepada norma baharu. 

Anjakan paradigma baharu terhadap penularan wabak ini yang diperkenalkan dan dilaksanankan oleh kerajaan ialah melaksanakan strategi ‘lockdown’. Rakyat diminta duduk di rumah dan mematuhi Standard Operating Prosedur (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan (MKN & KKM). 

Langkah yang dilaksanakan  agar pandemik ini tidak menular dan memudaratkan keselamatan serta kesihatan rakyat. Justeru, strategi ‘lockdown’ ini telah memberi kesan yang mendalam bukan  kepada rakyat sahaja tetapi dalam bidang pendidkan khususnya. 

Guru-guru dikehendaki menjalankan PdP secara online di rumah (PdPR). Pada peringkat pertama dahulu malah hingga kini guru-guru berasa canggung dan mempunyai masalah besar untuk melaksanakan PdPR. Antara isu yang dikenal pasti ialah penyediaan input pengajaran, kehadiran murid dan line internet yang kurang membantu. Keadaan ini memberi kesan mendalam kepada guru-guru kita. Perasaan risau, bimbang yang mendalam dan gangguan daripada pihak pengurusan sekolah mengenai hal ini membuat guru-guru stress dan jika tidak di atasi akan mengakibatkan kemurungan.

Dikongsikan tips-tips mengenali dan mengatasi jika berlaku kemurungan.

 

DEFINISI KEMURUNGAN

Kemurungan ialah satu keadaan emosi yang sangat mendalam.  Kesannya perasaan sedih yang tidak realistik. Dengan hal demikian seseorang akan mempunyai gangguan emosi atau perubahan mood.

Implikasi dari kemurungan ialah seseorang akan tidak berminat untuk melaksanakan aktiviti, terdapat perubahan pola tidur, terasa penat, rasa marah dan berfikiran negatif. Seseorang juga akan rasa ‘down’, optimis, tidak ceria dan ada kalanya tiba-tiba sedih dan hendak menangis.

 

SIMPTON-SIMPTON KEMURUNGAN

Seseorang boleh didiagnos kemurungan jika terdapat simpton-simpton seperti berikut:

  • rasa tidak berguna
  • tidak menaruh harapan
  • mudah menangis
  • sentiasa bimbang
  • selera makan kurang/kuat makan/tidak makan
  • terdapat gangguan tidur/sukar tidur/sentiasa terjaga
  • menolak hubungan social
  • kurang tumpuan
  • agresif
  • ingin membunuh diri

Simptom tersebut akan datang ketika malam atau awal pagi

Tahap kemurungan bergantung kepada kekerapan berlaku 

 

PUNCA-PUNCA KEMURUNGAN:

Antara punca punca kemurungan adalah seperti berikut:

  • Kegagalan dalam kerjaya contoh perniagaan atau tidak dinaikkan pangkat
  • Dibuang kerja atau diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi 
  • Self esteem yang rendah
  • Personaliti: kurang atau tidak ada galakkan diberi daripada majikan dan rakan sekerja
  • Bebanan kerja yang banyak dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat.

 

BAGAIMANA MENGATASI KEMURUNGAN?

Terdapat lima strategi yang boleh mengatasi kemurungan. Antaranya ialah:

  1. Mewujudkan perhubungan yang sihat. Luangkan masa bersama orang yang tersayang seperti suami/isteri, anak-anak, rakan sekerja serta kawan-kawan rapat.  Sentiasa berbual dan bercerita hal yang positif semasa bersama dengan mereka.
  2. Sentiasa berfikir secara positif. Sentiasa cuba melupakan perasaan negatif, bosan dalam hidup dan tdak ada harapan dalam hipup. Cubalah cari sekurang-kurangnya lima perkara yang boleh membuatkan kehidupan rasa gembira setiap hari.
  3. Bersenam selama 30 minit setiap hari akan memberi kesan yang baik untuk fizikal dan mental. Senaman boleh memberi lebih tenaga dan boleh mengurangkan daripada mengingat masaalah yang ada.
  4. Penampilan diri amat penting dan perlu dipertingkatkan setiap masa. Sekali sekala pakailah pakaian yang cantik dan berwarna- warni agar dapat melihat tampan dan cantik. Keadaan ini boleh membantu diri rasa gembira.
  5. Makanan seimbang amat perlu diamalkan. Jangan terlebih atau terkurang makan. Tujuannya ialah untuk membuatkan badan sihat dan dapat melaksanankan tugasan seharian dengan baik.

 

Kesimpulan

Jika terdapat kemurungan berpanjangan maka janganlah sekali-sekali mengambil mudah. Dapatkan khidmat nasihat doktor dengan segera.

 

 

Rujukan: 

  1. https:/www.youtube.com>watch
  2. https:/www.myhealthmylife.com.my (Pdf)
  3. Diadaptasikan daripada bahan Kaunseling dan Keutuhan Bahagian Sumber Manusia, KPM

 

Tag Punca

Prior knowledge

1.  Nyatakan latar belakang kemurungan yang anda ketahui secara umum.

1. 

Satu faktor sebab kemurungan yang anda ketahui ialah:

Reflection

1.  Huraikan langkah-langkah kemurungan yang perlu diambil melalui maklumat yang telah anda baca.
Loading...
Load lesson