Komponen Penulisan

 
18.0  Komponen dalam penulisan
 
  • Terdapat tiga komponen yang penting dalam penulisan iaitu
    • Pengenalan
    • Isi/ Kandungan
    • Penutup
 
18.1  Pengenalan
 
  • Di dalam pengenalan atau pendahuluan pelajar perlu memberi definisi atau huraian ringkas mengenai tema karangan dan isi yang ditulis. 
  • Berikut ialah contoh-contoh ayat pengenalan:
Jenis ayat pengenalan Aspek yang disentuh Apa yang perlu di tulis
Ayat rangsangan  Menyentuh tema penulisan secara umum
  • Menjelaskan definisi karangan tersebut
Ayat arahan

 Membincangkan kehendak soalan

  • Faedah
  • Kepentingan
  • Faktor
  • Cara
 
18.2  Isi
 
  • Isi atau kandungan adalah dimana pelajar menyatakan dan menerangkan segala isi-isi penting untuk menyokong tema penulisan tersebut. Jika penulisan itu mengenai kebaikan bersukan pelajar perlu memberikan apa faedah bersukan dan huraikan faedah tersebut.
  • Berikut ialah struktur yang boleh digunakan ketika menjawab bahagian kandungan:
Struktur kandungan Perkara yang disentuh Contoh Ayat
Ayat Judul Menyatakan isi penting
  • Dengan bersukan kita dapat ............... (nyatakan kebaikan bersukan)
  • Kita dapat .............. jika kita bersukan (nyatakan kebaikan bersukan)
Ayat Huraian Menghuraikan isi yang telah diberi
  • Hal ini kerana .................. (jelaskan mengenai isi yang diberi)
  • Hal ini dikatakan ................ (jelaskan mengenai isi yang diberi)
Ayat Contoh Digunakan untuk memberi contoh 
  • Sebagai contoh ............. (beri contoh kepada isi yang dikemukakan)
  • Contohnya ...............
  • Misalnya ................
Ayat Penegas Digunakan untuk memberikan menegasan kepada isi yang diberi
  •  Dengan ini .................
 
18.3  Penutup
 
  • Penutup berfungsi untuk merumuskan segala perkara yang telah dihuraikan didalam isi dan memberi konklusi kepada penulisan ini.
  • Berikut ialah contoh ayat penutup yang boleh digunakan:
Ayat penutup Tujuan digunakan Contoh ayat
Ayat Kesimpulan Memberi pendapat secara keseluruhan Kesimpulannya aktiviti bersukan ini memang berfaedah untuk dilakukan.
Ayat Cadangan Memberi cadangan untuk mengatasi perkara yang dibincangkan Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah ini.
Ayat Pendapat Memberikan pendapat tentang sesuatu perkara Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita perlulah mengambil bahagian dalam memajukan sektor ekonomi negara.
Ayat Penilaian Membuat penilaian tentang sesuatu perkara Kita hendaklah bersukan kerana ianya dapat mendatangkan kebaikan kepada seseorang.
Ayat Harapan Mengandungi harapan penulis terhadap sesuatu perkara Semua rakyat diharapkan dapat bersenam  pada masa lapang untuk menjaga kesihatan mereka.