Teks Berdasarkan Tema

7.1  Teks Berdasarkan Tema
 

5 Amalan hidup sihat:

  • Pengambilan makanan sunah seperti madu, buah zaitun, kurma, habbatus sauda, susu kambing dan lain-lain
  • Beriadah dan bersenam
  • Menjalani pemeriksaan kesihatan berkala
  • Elakkan perbuatan negatif
  • Menjaga kebersihan diri dan persekitaran
 

Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu."

(Riwayat Al-Bukhariy) 

 

Kenali Budaya Malaysia:

  • Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya yang unik dan istimewa
  • Masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup muafakat dan saling menghormati perbezaan budaya dan bangsa masing-masing
 
Contoh
Melayu
  • Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban
  • Ketupat, lemang dan rendang
  • Tarian inang, zapin dan canggung
Cina
  • Tahun Baharu Cina
  • Kuih bakul dan kuih bulan
  • Tarian singa, naga dan bunga teratai
India
  • Deepavali
  • Tosai, muruku dan putu mayam
  • Tarian bharatanatyam, kathak, odissi
Kadazan 
  • Pesta Keamatan
  • Busau, hinava dan noonsom
  • Tarian sumazau, adai-adai dan limbai
 

Adat istiadat perkahwinan orang Melayu:

  • Perkahwinan merupakan suatu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal
  • Merisik dan bertunang merupakan proses yang paling awal
  • Diadakan majlis berinai, berzanji, marhaban atau khatam al-Quran sehari sebelum majlis akad