Al-Malik & Al-Hasib

3.1   Al-Malik & Al-Hasib
 
  • Al-Malik merupakan salah satu daripada nama-nama Allah SWT.
 
Pengertian
Al-Malik bererti Allah SWT yang menguasai segala-galanya.
 
Dalil

لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya:

"Dialah yang memiliki kuasa pemerintahan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. Dan dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu."

(Surah Al-Hadid 57:2)

  • Hukum beriman dengan nama Allah Al-Malik ialah wajib.
 
Dalil Naqli Al-Malik

فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيم

Maksudnya:

"Maka (dengan yang demikian) maha tingggilah Allah yang menguasai seluruh alam, lagi yang maha benar, tiada tuhan melainkan dia, tuhan yang mempunyai arasy yang mulia."

(Surah Al-Mukminun 23:116)

Kepentingan beriman dengan nama Allah Al-Malik
 
  • Berusaha menjadi manusia yang bersyukur dan meninggalkan sifat sombong
  • Menyedarkan bahawa kita hanyalah makhluk Allah SWT yang lemah, sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT
  • Sentiasa menghargai alam
  • Tekun beribadah dan berdoa
  • Memelihara kebersihan dan keceriaan persekitaran
 
  • Al-Hasib juga merupakan salah satu daripada nama-nama Allah SWT.
 
Pengertian
Al-Hasib bermaksud Allah SWT Maha Mencukupkan keperluan hamba-hambanya.
 
Dalil Naqli Al-Hasib

..,وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ..

Maksudnya: 

"..dan sesiapa bertawakal kepada Allah dengan penuh keimanan, maka Allah akan mencukupkan (keperluannya).."

(Surah At-Talaq 65:3)

  • Al-Hasib juga bermaksud Allah SWT Maha Menghitung setiap amalan dan perbuatan kita sama ada baik ataupun tidak baik, pada setiap masa dan tempat.
 
Dalil Naqli Al-Hasib

اِنَّ اللّٰهَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ..

Maksudnya: 

"..sesungguhnya Allah sangat cepat perhitungannya."

(Surah Al-Imran 3:119)

Imej ini menunjukkan satu carta yang menerangkan kepentingan beriman dengan nama Allah Al-Hasib. Terdapat satu bulatan besar di tengah yang mengandungi teks ‘Kepentingan beriman dengan nama Allah Al-Hasib’. Carta ini mempunyai empat bulatan kecil yang dihubungkan dengan bulatan besar tersebut. Setiap bulatan kecil mengandungi teks yang berbeza: 1. Bulatan kiri atas: ‘Meletakkan Allah SWT sebagai pelindung dan penolong’. 2. Bulatan kanan atas: ‘Menghargai masa’. 3. Bulatan kiri bawah: ‘Berusaha melipat-gandakan amalan’. 4. Bulatan kanan bawah: ‘Meninggalkan maksiat’.