Bahaya Sihir

3.4  Bahaya Sihir
 
Pengertian Sihir
  • Sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diucapkan, ditulis atau dibuat bentuk sesuatu. 
  • Ia juga mengandungi unsur syirik. 
 
Dalil Naqli Pengharaman Sihir

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Elakkan tujuh perkara yang membinasakan." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah SAW! Apakah itu?" Nabi Muhammad SAW bersabda: "Syirik kepada Allah SWT, sihir..."

(Muttafaq 'Alaih)

 
  • Hukum mengamalkan sihir adalah haram dan dikategorikan sebagai salah satu dosa besar.
 

Kesan perbuatan sihir dan tindakan menjauhinya:

  • Merosakkan akidah
  • Dimurkai oleh Allah SWT
  • Mendorong sifat iri hati
  • Malas berusaha
  • Membazir wang dan masa
  • Hati resah gelisah
  • Menyuburkan sikap dendam dan permusuhan dalam masyarakat
 

Tindakan menjauhi perbuatan sihir:

  • Mendalami ilmu agama
  • Mengamalkan Islam dalam kehidupan
  • Berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu
  • Membanyakkan berdoa memohon perlindungan daripada tipu daya syaitan