Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Merumus iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah
Hijrah Membawa Rahmat
5.1
Hijrah Membawa Rahmat
Definisi
Perpindahan daripada satu tempat ke satu tempat yang lain atau daripada satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.
Perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah.
Faktor Utama Berlaku Hijrah
Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya berhijrah.
Agama Islam semakin berkembang di bumi Mekah kerana masyarakat tertarik dengan keindahan ajaran Islam.
Musyrikin Mekah menggunakan kekerasan bagi menyekat dakwah Islam.
Umat Islam menerima ancaman dan seksaan.
Allah SWT memberikan kebenaran kepada umat Islam berhijrah ke Madinah.
Pelawaan penduduk Madinah juga menjadi satu daripada faktor Nabi Muhammad SAW memilih Madinah sebagai tempat berhijrah.
Penghijrahan berlaku secara berperingkat dan secara rahsia.
Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah
1. Penghijrahan Berlaku Selepas Nabi Muhammad SAW Mendapat Perintah Allah SAW Melalui Malaikat Jibril
Baginda pergi menemui Abu Bakar R.A, perancangan rapi serta tersusun diatur bersama-sama seperti di bawah:
Individu yang Terlibat
Tugas
Tujuan
Abdullah bin Uraiqith
Diupah menjadi penunjuk jalan.
Jalan yang dipilih untuk ke Madinah ialah jalan yang jauh dan mencabar yang jarang dilalui kebanyakkan orang ramai.
Untuk mengaburi pihak musuh dan mengelak daripada di jejaki mereka.
Abdullah bin Abi Bakar
Ditugaskan memberikan maklumat berkaitan dengan pergerakan musuh kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda di Gua Thur.
Untuk mengetahui pergerakan musuh dari semasa ke semasa.
Asma' bin Abi Bakar
Ditugaskan menghantar makanan.
Untuk memastikan bekalan makanan mencukupi.
Amir bin Fuhairah
Ditugaskan menutup jejak Abdullah dan Asma' dengan menggunakan kambing gembalanya dan membekalkan susu.
Untuk mengelak dijejaki musuh dan memastikan bekalan minuman mencukupi.
2. Nabi Muhammad SAW Meminta Ali bin Abi Talib RA Tidur di Katil Baginda dan Menggunakan Burdah Baginda
Tujuannya untuk mengelirukan musuh yang hendak membunuh baginda.
Dengan izin Allah SWT, baginda dapat melepaskan diri daripada kepungan kaum Musyrikin.
Setelah itu, baginda dan Abu Bakar RA bertolak ke Gua Thur yang terletak di selatan Mekah.
Tindakan ini diambil bagi mengelirukan pihak musuh.
Peristiwa ini berlaku pada 27 Safar tahun ke-14 Kenabian.
3. Sesiapa yang Berjaya Menangkap Muhammad akan Dihadiahkan Seratus Ekor Unta
Kaum Musyrikin terus mencari Nabi Muhammad SAW di Mekah dan di luar kota Mekah.
Hadiah lumayan ditawarkan jika berjaya menangkap baginda.
4. Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar Meneruskan Perjalanan ke Madinah Setelah Tiga Malam Bersembunyi di Gua Thur
Semasa dalam perjalanan, seorang musyrik yang bernama Suraqa bin Malik berjaya menemui jejak Nabi Muhammad SAW tetapi tidak berjaya menangkap baginda.
Baginda dan Abu Bakar meneruskan perjalanan hijrah.
Nabi Muhammad SAW tiba di Quba dan di Madinah
Baginda membina masjid pertama dalam sejarah Islam iaitu Masjid Quba.
Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar RA telah tiba di Madinah pada 12 Rabiulawal tahun ke-14 kenabian.
Ketibaan mereka disambut dengan penuh kegembiraan oleh para sahabat dan penduduk Madinah.
Baginda juga telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.
Baginda juga telah membina masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Nabawi.
Iktibar Peristiwa Hijrah
Melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
Membuat perancangan yang teliti sebelum melakukan sesuatu.
Tenang dan tabah menghadapi cabaran.
Menjadi sahabat yang hormat-menghormati dan saling membantu.
Sanggup berkorban masa dan tenaga demi mencapai keredaan Allah SWT.
Berusaha memperbaiki diri atau keadaan kepada yang lebih baik.

Chapter : Sirah
Topic : Merumus iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah
Year 5
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Year 5
Related notes
Itqan Menambah Berkat
Nabi Muhammad SAW Pemimpin Agung
Bacaan Surah Al-Qadr
Bacaan Surah At-Tin
Hafazan Surah Al-Qadr
Hafazan Surah At-Tin
Kefahaman Surah Al-'Asr
Sempurnakan Tajwidmu
Sayangi Pemimpin Kita
Al-Malik & Al-Hasib
Report this note
Multi-Level Quiz Sets
Assess yourself by staged practices
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account