Kata Ganti Nama

 
  • Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan sebagai kata ganti nama manusia.
  • Kata ganti nama diri boleh membawa maksud tunggal atau jamak.
  • Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 jenis, iaitu Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur), Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar), dan Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya).
 
2.1  Kata Ganti Nama Diri Pertama
 
  • Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap atau dikenali juga sebagai pihak pertama.
  • Contoh kata ganti nama diri pertama:   

 Kata Ganti Diri Pertama

 Kegunaan

 Contoh

 Aku

 Digunakan apabila bercakap dengan kawan atau Tuhan

 a)      Aku ke sekolah menaiki kereta.

 b)      Aku memohon ampun Ya Allah

 Beta

 Digunakan oleh raja atau sultan apabila bercakap dengan rakyat

 c)      Beta berharap segala akan berjalan dengan lancar.

 Patik

 Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan

 d)      Patik mintak ampun Tuanku.

 Saya

 Digunakan apabila bercakap dengan orang lain atau baru dikenali

 e)      Saya berasal dari Ipoh, Perak.

 Kata Jamak

 

 

 Kami

 Digunakan kepada diri sendiri berserta teman apabila bercakap dengan orang lain

 f)      Kami disuruh ke kantin oleh Cikgu Nurul.

 Kita

 Digunakan kepada diri sendiri dan serta orang lain

 g)      Kita harus ke sana dengan segera.

 
2.2  Kata Ganti Nama Diri Kedua
 
  • Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.
  • Contoh kata ganti nama diri kedua:

Kata Ganti Diri Kedua

Kegunaan

Contoh

 Anda

 Digunakan kepada orang kedua apabila kita tidak berhadapan dengannya

 a)      Saya berharap anda dapat menyelesaikan masalah itu

 b)      Anda telah dipilih sebagai pelajar cemerlang.

 Awak

 Digunakan untuk orang kedua dalam hubungan rapat

 c)      Saya hendak berjumpa dengan awak di taman

 d)      Awak mesti hadir ke parti hari lahir saya

 Engkau

 Digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungan dengan kita atau Tuhan

 e)      Engkau mahu dating ke rumah saya petang ini?

 f)       Tuhan, hanya Engkaulah diri aku serahkan

 Kamu

 Digunakan untuk orang kedua yang rapat hubungan dengan kita

 g)      Kamu memang hebat

 Tuanku

 Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan

 h)      Patik menjunjung segala titah Tuanku

 Kata Jamak

 

 

 Kalian

 Digunakan semasa beberapa orang diajak bercakap

 i)      “Kalian hendak ke mana?” tanya Ali kepada kawannya

 
 
2.3  Kata Ganti Nama Diri Ketiga
 
  • Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga ketika bercakap.
  • Contoh kata ganti nama diri ketiga:

Kata Ganti Diri Ketiga

Kegunaan

Contoh

 Baginda

 Digunakan untuk raja atau sultan

 a)      Baginda sudah mangkat

 Beliau

 Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati

 b)      Beliau ialah guru sekolah saya

 Dia

 Digunakan untuk orang ketiga yang umun

 c)      Dia seorang yang rajin belajar

 Ia

 Digunakan dalam tulisan untuk orang ketiga

 d)      Ali ialah seorang penagih dadah oleh itu, ia telah dihantar ke pusat pemulihan dadah

 Kata Jamak

 

 

 Mereka

 Digunakan untuk orang ketiga yang bilangan lebih daripada seorang

 e)      Mereka telah memenangi pingat emas dalam acara bola keranjang