Kata Tanya

 
  • Kata tanya digunakan untuk bertanya tentang sesuatu perkara
 
6.1  Kata Tanya

 

  • Digunakan untuk membentuk ayat tanya.
  • Terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
    • Kata ganti Tanya
    • Kata keterangan Tanya
    • Kata bilangan Tanya
  • Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. Partikel 'kah' tidak perlu ditambah jika kata tanya digunakan di akhir ayat.
  • Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
  • Apabila menggunakan kata tanya, tanda tanya '?' mesti diletakkan di akhir ayat.
  • Contoh kata tanya:
Kata Tanya Tujuan Pertanyaan Ayat Contoh
Apa   Benda, perkara, hal, binatang, tumbuhan  Apakah nama bangunan itu?
Berapa   Bilangan  Berapakah harga pakaian itu?
Siapa  Orang  Siapakah nama guru Matematik kamu?
Mana Tempat  Di manakah kamu tinggal?
Bagaimana Cara  Bagaimanakah cara untuk membuat kek?
Bila Masa atau tempoh masa  Bilakah perlawanan itu akan dilangsungkan?
Mengapa Sebab  Mengapakah kamu menconteng dinding itu?
Kenapa Sebab  Kenapakah kamu gagal dalam ujian?

 

  • Kata tanya juga boleh diletakkan di akhir ayat:

Hadapan Ayat Belakang Ayat
 Apakah makanan kegemaran kamu?  Makanan kegemaran kamu apa?
 Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?  Kemalangan itu berlaku bagaimana?
 Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?  Malaysia mencapai kemerdekaan bila?