Kata Ganti Nama

 
  •  Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang.

  • Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu:

    • Kata ganti nama diri pertama

    • Kata ganti nama diri kedua

    • Kata ganti nama diri ketiga

 
2.1  Kata Ganti Nama Diri Pertama

 

  • Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap atau dikenali juga sebagai pihak pertama.
Kata Ganti Diri Pertama Penggunaan Contoh
Aku Digunakan apabila bercakap dengan Tuhan atau kawan Aku penat dengan semua ini.
Saya Digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau formal. Saya ingin memohon jawatan ini.
Beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bercakap dengan rakyat. Beta ingin kamu turut sama mencemar duli.
Patik Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan. Patik menjunjung perintah.
Kami Digunakan kepada diri sendiri berserta teman apabila bercakap dengan orang lain. Kami perlu hadir ke kelas setiap hari.
Kita Digunakan kepada diri sendiri dan serta orang lain. Kita harus bertolak segera.

 

 

 
2.2  Kata Ganti Nama Diri Kedua
 
Kata Ganti Diri Kedua Penggunaan Contoh
Anda Digunakan kepada orang kedua apabila kita tidak berhadapan dengannya. Saya berharap anda dapat hadir ke mesyuarat esok.
Awak Digunakan untuk orang kedua dalam hubungan rapat. Saya ingin berkenalan dengan awak.
Engkau Digunakan untuk orang keedua yang sangat rapat hubungan dengan kita atau Tuhan. Engkau sudah menyiapkan kerja sekolah itu?
Kamu Digunakan untuk orang kedua yang rapat hubungan dengan kita. Kamu sangat cantik pada hari ini.
Tuanku Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan. Patik menuruh perintah Tuanku.
Kalian Digunakan semasa beberapa orang diajak bercakap. Kalian harus datang ke pejabat esok.

 

2.3  Kata Ganti Nama Diri Ketiga

 

Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaan Contoh
Baginda Digunakan untuk raja atau sultan. Baginda amat murka.
Beliau Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati. Beliau merupakan guru sekolah rendah.
Dia Digunakan untuk orang ketiga yang umum. Dia merupakan pelajar tingkatan dua.
Ia Digunakan untuk tulisan orang ketiga. Ia amat comel dan berbulu lebat.
Mereka Digunakan untuk orang ketiga yang bilangan lebih daripada seorang. Mereka bermain bola di padang.