| Kata | Maknanya | 
					
						| Akal | 1. fikiran 2. ikhtiar
 3. muslihat, tipu helah
 | 
					
						| Alamat | 1. tanda 2. tempat tinggal
 3. keterangan nama tempat, jalan, nombor rumah,poskod dan
 menunjukkan tempat tinggal seseorang.
 | 
					
						| Barang | 1. benda 2. lebih kurang
 3. apa-apa saja
 | 
					
						| Bermuka-muka | 1. beberapa banyak muka surat. 2. berpura-pura atau tidak ikhlas
 | 
					
						| Bersimpang-siur | 1. bergerak ke sana ke mari. 2. silang-menyilang kerana terlalu banyak.
 3. terlalu banyak likunya, berliku-liku.
 | 
					
						| Besar | 1. tidak kecil. 2. kuat dan lurus kawasan pemerintahnya.
 3. penting, berpengaruh, berkuasa
 4. tugas penting, hajat atau niat.
 | 
					
						| Cerah | 1. terang 2. jernih.
 3. agak putih.
 4. berseri, tidak muram.
 5. baik, bahagia.
 | 
					
						| Cetek | 1. tidak luas (pengetahuan) 2. tidak dalam (air)
 | 
					
						| Dalam | 1. tidak cetek 2. luas pengalaman
 | 
					
						| Diam | 1. tidak bercakap, senyap 2. tinggal
 | 
					
						| Diam-diam | 1. senyap-senyap, tidak memberitahu sesiapa. 2. tidak berbuat apa-apa
 | 
					
						| Dingin | 1. sejuk 2. tidak meriah
 | 
					
						| Faedah | 1. guna, manfaat. 2. bunga, laba, untung
 | 
					
						| Halaman | 1. muka surat. 2. pekarangan rumah
 | 
					
						| Halus | 1. kecil-kecil. 2. beradab
 | 
					
						| Hampa | 1. kecewa 2. tidak berisi
 3. kosong
 | 
					
						| Hangat | 1. berita yang masih baru 2. panas
 | 
					
						| Haus | 1. dahaga 2. sangat ingin mendapatkan sesuatu
 3. menjadi tidak tebal kerana tergosok atau banyak digunakan
 | 
					
						| Jelas | 1. terang, nyata 2. selesai, beres
 | 
					
						| Kemas | 1. teratur 2. disiapkan dengan baik
 3. kuat, teguh, erat.
 | 
					
						| Kemasukan | 1. dimasuki oleh sesuatu 2. yang behubung dengan perihal masuk
 | 
					
						| Kepantasan | 1. kelajuan 2. kecekapan
 | 
					
						| Lapangan | 1. kawasan yang luas 2. jurusan, bidang
 | 
					
						| Lapang | 1. luas 2. tidak sibuk
 | 
					
						| Masak | 1. boleh dipetik dan dimakan 2. tidak mentah
 3. berpengalaman
 | 
					
						| Menganjurkan | 1. mengemukakan, mengesyorkan, mencadangkan 2. mengadakan
 3. menghulurkan atau memajukan ke depan
 | 
					
						| Menggosok-gosok | 1. menggilap | 
					
						| Menjelaskan | 1. menerangkan atau menghuraikan dengan lebih lanjut 2. menyelesaikan hutang
 | 
					
						| Menjemput | 1. mengambil 2. mengambil atau mencubit dengan menggunakan hujung jari
 | 
					
						| Melancarkan | 1. memulakan sesuatu dengan cepat / meluncurkan 2. memudahkan / melicinkan sesuatu usaha
 3. melakukan / mengadakan sesuatu serangan, tindakan
 | 
					
						| Melepaskan | 1. membebaskan / menjadi tidak terikat 2. menghilangkan (letih / penat)
 3. memberikan / menguntukkan
 4. mengeluarkan / membiarkan keluar (perasaan)
 | 
					
						| Membuka | 1. menjadikan tidak bertutup 2. menghidupkan sesuatu
 3. memberikan peluang
 | 
					
						| Memotong | 1. mengerat / memenggal 2. mengurangkan sesuatu
 3. memintas
 4. mencelah percekapan orang
 5. menoreh getah
 | 
					
						| Menyaingi | 1. mengiringi / menemani 2. menandingi / berlawan
 | 
					
						| Menahan | 1. tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak membenarkan, menghentikan.
 2. melawan / menangkis serangan
 3. melambaikan tangan untuk menyuruh kenderaan berhenti
 4. menguatkan diri supaya sanggup menderita
 | 
					
						| Menelan | 1. memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong 2. banyak memerlukan
 3. terpaksa menerima sesuatu yang tidak menyenangkan
 | 
					
						| Menuntut | 1. mendesak 2. mencari ilmu
 | 
					
						| Pengajaran | 1. sesuatu yang diajar 2. pedoman
 |