02-01: Biodata Diri

 
2  Saya dan Keluarga
 
  • Keluarga mempunyai peranan penting dalam menentukan masa depan diri, masyarakat dan negara. Unit ini membincangkan biodata diri, keluarga asas, keluarga kembangan, peranan anggota keluarga dan perkembangan diri mengikut garis masa.

 
2.1  Biodata Diri Saya
 
  • Biodata diri saya merujuk maklumat diri seperti nama, jantina, nama ibu bapa, tarikh dan tempat kelahiran.

  • Maklumat ini terdapat dalam sijil kelahiran, MyKid dan kad pengenalan diri sekolah.

  • Sijil kelahiran dan MyKid boleh digunakan sebagai dokumen pengenalan diri untuk urusan rasmi. Sebagai contoh, sijil kelahiran boleh digunakan untuk urusan pendaftaran sekolah dan membuka akaun bank.

Sijil Kelahiran

Mykid dan Kad Pengenalan

Antara maklumat yang terdapat dalam sijil kelahiran adalah nama ibu bapa, tempat kelahiran, tarikh kelahiran dan sebagainya.

Antara maklumat yang terdapat dalam Mykid dan kad pengenalan adalah nama, nombor kad pengenalan, alamat kediaman, gambar, jantina, agama dan status kewarganegaraan.

KODING K.N.: Sijil Kelahiran Kanak-kanak Bukan Warganegara Berwarna Merah

MyKid - Identity card of Malaysia for children below 12 years old -  MALAYSIA CENTRAL (ID)