Fotosintesis

4.2  Fotosintesis
 
  • Fotosintesis adalah suatu proses pembentukan zat makanan atau tenaga yang dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan cahaya matahari, klorofil, air dan karbon dioksida
 
Keperluan proses fotosintesis dan hasilnya

  • Cahaya matahari merupakan sumber utama tenaga untuk fotosintesis
  • Gas karbon dioksida daripada udara yang masuk melalui daun
  • Klorofil adalah bahan berwarna hijau dalam tumbuh-tumbuhan
  • Air diserap masuk melalui akar
  • Semasa proses fotosintesis, klorofil menyerap cahaya matahari & menukarkan air serta karbon dioksida kepada glukosa dan oksigen.
  • Glukosa yang terhasil bergabung membentuk kanji, tersimpan pada bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, batang, akar, biji benih, buah, dan bunga.
 
Kepentingan fotosintesis kepada hidupan
  • Tumbuh-tumbuhan sentiasa melakukan fotosintesis untuk membolehkannya menghasilkan makanan sendiri
  • Hasil sayur-sayuran, buah-buahan yang subur dapat dinikmati oleh haiwan dan manusia sebagai sumber makanan
  • Membekalkan manusia dan haiwan dengan oksigen untuk bernafas
  • Keseimbangan udara terhadap alam sekitar dapat dikekalkan kerana pertukaran oksigen dan karbon dioksida antara tumbuh-tumbuhan dan manusia/haiwan.