Artikel jahitan 

1.1 Artikel jahitan 
 
  • Mengenal pasti jenis mata jahitan tangan pada artikel jahitan
  • Menerangkan fungsi alatan jahitan
 

1. Mata jahitan tangan digunakan untuk mencantumkan kepingan fabrik, membuat kemasan tepi fabrik dan sebagai hiasan. 

2. Jenis mata jahitan tangan

 
Jahitan Fungsi
Jahitan kia
  • Digunakan untuk memulakan dan mematikan jahian 
  • Digunakan sebagai jahitan tetap dan menjahit bahagian kelum yang meretas serta menggantikan jahitan mesin
Jahitan jelujur halus
  • Digunakan sebagai jahitan tetap
  • Digunakan untuk membuat kedutan atau sulaman pada fabrik 
  • Digunakan untuk membaiki kelepet yang meretas
Jahitan jelujur kasar
  • Digunakan sebagai jahitan sementara untk menetapkan kedudukan dua atau lebih fabrik semasa menjahit
Jahitan insang pari
  • Digunakan sebagai jahitan tetap untuk mengemaskan bahagian tepi fabrik dan sebagai jahitan hiasan untuk menjahit motif
Jahitan sembat
  • Digunakan sebagai jahitan tetap untuk menjahit bahagian kelepet atau hiasan
Jahitan silang pangkah
  • Digunakan sebagai jahitan tetap untuk mengemaskan bahagian kelepet, lipatan atau tepi kain serta sebagai jahitan hiasan 
 
3. Alatan jahitan 
 
Alatan Fungsi
Pembaris
  • Mengukur dan menandakan pola
Pita ukur
  • Mengukur fabrik atau mengambil ukuran badan
Roda surih
  • Memindahkan tanda pola ke fabrik
Kapur tukang jahit
  • Membuat tanda pada fabrik
Kertas karbon tukang jahitan 
  • Memindahkan tanda pola, garisan dan motif ke fabrik dengan menggunakan roda surih
Jarum peniti
  • Menyemat pola pada fabrik
  • Menetapkan dua atau lebih kepingan fabrik sebelum menjahit
Gunting fabrik
  • Menggunting fabrik
Gunting kertas
  • Memotong kertas bagi membentuk pola
Jarum jahit tangan
  • Menjahit fabrik
Mesin jahit mini
  • Menjahit fabrik
  • Menggunakan elektrik untuk berfungsi
Mesin jahit tangan
  • Menjahit fabrik
  • Digunakan secara manual
Peretas jahitan 
  • Meretas dan menanggalkan mata jahitan memotong lubang butang