3.1 3.1 Asas reka bentuk pengaturcaraan Menyatakan struktur kawalan pilihan dan ulangan dalam pengaturcaraan Menghuraikan struktur kawalan pilihan dan ulangan dalam algoritma Membezakan struktur kawalan jujukan, pilihan dan ulangan melalui algoritma dengan kaedah pseudokod dan carta alir 1. Pengaturcaraan ialah satu set arahan yang mengarahkan bagi melaksanakan sesuatu tugasan atau menyelesaikan masalah. 2. Struktur kawalan pilihan ialah satu langkah yang mempunyai dua atau lebih set tindakan sebagai pilihan untuk dilaksanakan. 3. Jenis struktur kawalan pilihan Pilihan tunggal Dwi pilihan Pelbagai pilihan 3. Struktur kawalan ulangan mempunyai satu set tindakan yang sentiasa berulang sehingga syarat tersebut dipenuhi. 4. Algoritma ialah langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan set tugasan 5. Algoritma boleh dijelaskan melalui Pseudokod Carta alir 6. Pseudokod menggunakan perkataan atau arahan yang mudah kerana ia set pernyataan yang menyerupai bahasa aturcara komputer atau arahan pendek. 7. Carta alir menggunakan situasi pseudokod. 8. Dalam carta alir, simbol geometri digunakan untuk menunjukkan langkah-langkah: Nama Fungsi Terminal mula atau tamat Permulaan atau penamat suatu carta alir Input atau output Membaca input atau memaparkan output Proses Arahan untuk memproses input Syarat Menguji syarat Aliran aktiviti Menunjukkan aliran aktiviti 9. Perbezaan struktur kawalan jujukan, pilihan dan ulangan melalui algoritma Struktur kawalan jujukan Struktur kawalan pilihan Struktur kawalan ulangan Penggunaan perkataan JIKA (IF) Penggunaan SELAGI (WHILE) MULA Masak air Masukkan uncang teh ke dalam cawan Tuangkan air panas ke dalam cawan Masukkan sedikit gula Kacau air TAMAT MULA Masak air Masukkan serbuk coklat ke dalam cawan Tuangkan air panas ke dalam cawan Jika mahu susu, maka Tambahkan sedikit susu Tamat JIKA Kacau air TAMAT MULA Minum air SELAGI rasa dahaga Minum air lagi TAMAT SELAGI TAMAT