Asas pengaturcaraan

6.1 Asas pengaturcaraan
Definisi Pengaturcaraan

Pengaturcaraan adalah proses membuat atur cara komputer.

 Atur cara ialah urutan arahan berkod yang dimaksukkan di dalam komputer yang membolehkan data diproses oleh komputer.

Perkakasan harian yang menggunakan pengaturcaraan
Perkakasan Pengaturcaraan
Jam digital Atur cara komputer dalam jam digital membolehkan kita melihat masa dan dapat mengaktifkan bunyi penggera
Televisyen pintar Atur cara komputer dalam televisyen pintar membolehkan kita menonton program serta mengakses aplikasi Internet, radio dan sebagainya
Alat kawalan jauh Atur cara komputer dalam alat kawalan jauh membolehkan kita mengawal televisyen dari jarak jauh
Penyaman udara Atur cara komputer dalam penyaman udara membantu kita menetapkan suhu bilik serta melaraskan suhu bilik yang bersesuaian secara automatik
Definisi Algoritma

Algoritma ialah langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan tugasan.

Algoritma boleh dijelaskan melalui 
Pseudokod  Carta alir
Satu set penyataan dalam bahasa biasa. Langkah-langkah penyelesaian masalah secara grafik.
Fungsi simbol carta alir
Simbol geometri Fungsi  Penerangan 
MULA/ TAMAT Mula dan tamat sesuatu aktiviti 
PROSES Aktiviti atau proses
INPUT/ OUTPUT Input atau output sesuatu proses
ALIRAN Aliran aktiviti