Reka bentuk 

2.1 Reka bentuk 
Definisi

Reka bentuk bermaksud corak atau bentuk sesuatu produk yang direka.

Contoh reka bentuk
Reka bentuk Contoh
Reka bentuk gelas
Reka bentuk pakaian 
Reka bentuk kuih
Kepentingan reka bentuk
  • Memenuhi keperluan dan kehendak yang berbeza
  • Membantu kerja dan memudahkan urusan harian 
  • Menjimatkan masa
  • Memberikan pelbagai pilihan mengikut cita rasa, kemampuan dan gaya hidup
Contoh pekerjaan dalam reka bentuk 
Pekerjaan Contoh
Pereka grafik
Cef
Pereka fesyen
Juruanimasi
Arkitek
Elemen dalam reka bentuk
Elemen Penerangan 
Garisan  Cantuman satu siri titik atau pergerakan titik dalam sesuatu ruang 
Rupa

Permukaan yang mempunyai garisan luar sebagai sempadan 

Contoh: rupa geometri, rupa organik

Bentuk Objek yang mempunyai ruang, isi padu dan lebih daripada satu permukaan 
Tekstur Merujuk kepada sturktuur dan keadaan permukaan 
Saiz Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek 
Warna

Memberikan kesan pada objek dan orang yang melihatnya

Warna panas - menimbulkan suasana ceria, riang dan bersemangat

Warna sejuk - menimbulkan suasana redup, tenang dan damai

Ruang

Tempat yang lapang dan mampu memberikan keluasan 

Ruang kecil - menampakkan suasana yang sempit

Ruang besar - memberikan keselesaan 

Nilai Menunjukkan perubahan daripada terang kepada gelap atau sebaliknya bagi sesuatu rona warna