Reka bentuk pembungkusan produk

4.1 Reka bentuk pembungkusan produk
Maklumat pada label pembungkusan 

Kategori produk 
Produk makanan  Produk bukan makanan

 

Contoh produk makanan

  • Makanan basah 
  • Makanan kering 

Contoh produk bukan makanan

  • Pakaian 
  • Aksesori kereta
Ciri pembungkusan produk 
Ciri pembungkusan Penerangan 
Mesra alam Pembungkisan biasanya diperbuat daripada bahan mudah lupus dan tidak mencemarkan alam sekitar
Mudah disimpan Reka bentuk yang ringkas memudahkan penyimpanan
Maklumat pelabelan  Pembungkus perlu mengandungi maklumat yang lengkap tentang produk
Mesra pengguna Reka bentuk pembungkusan memudahkan pengguna untuk mengendalikannya
Kekal kualiti Reka bentuk pembungkisan melindungi produk daripada terdedah kepada udara dan rosak
Kepentingan reka bentuk pembungkusan 
Kepentingan  Penerangan
Mengelakkan produk daripada tercemar Bahan yang tercemar menjejaskan kesihatan dan tidak dapat digunakan
Mengawal keselamatan produk Keselamatan produk dapat dipelihara daripada kerosakan atau kebocoran 
Melindungi mutu dan fizikal produk Produk boleh bertahan lebih lama dan dalam keadaan baik
Menyampaikan maklumat produk Maklumat yang lengkap membantu pengguna mengetahui perkara yang berkaitan dengan produk