Maksudnya: Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak memuliakan yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda serta yang tidak mengetahui hak orang yang berilmu agar diutamakan pandangannya.
(Riwayat Ahmad)
Adab dengan Guru
Aspek Perlakuan
Aspek Percakapan
Bercakap dengan lembut dan sopan.
Bertanya perkara yang bermanfaat jika diizinkan.
Memberi salam apabila bertemu guru.
Aspek Perasaan
Merendah diri.
Tidak sombong.
Bersabar atas tindakan guru.
Bersangka baik dengan guru.
Cara
Meneladani Sahabat dan Ulama
Menghormati guru
Para sahabat tidak berbual sekiranya Rasulullah SAW hadir kerana malu dan hormat kepadanya.
Membantu guru
Ibnu Abbas pernah memegang dan menuntut tali tungganggan gurunya Zaid Bin Thabit sebagai tanda penghormatan.
Bersabar terhadap guru
Ibnu Abbas RA sanggup menunggu di hadapan rumah gurunya Zaid bin Thabit yang sedang tidur sehingga beliau terjaga.
Bersopan dengan guru
Imam Syafie menyelak helaian buku di hadapan gurunya Imam Malik dengan perlahan kerana segan dan tidak mahu mengganggu gurunya yang sedang mengajar.
Kepentingan Adab dengan Guru
Individu
Mendapat pahala dan keberkatan ilmu.
Disayangi guru-guru.
Mudah mengingati pelajaran.
Masyarakat
Tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif.
Melahirkan masyarakat berilmu dan penyayang.
Negara
Lahir ramai cerdik pandai untuk membangunkan negara.
Negara maju dan berdaya saing.
Maksud Berkah
Kebaikan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang.
Ilmu yang berkah ialah ilmu yang boleh mendatangkan kebaikan kepada pemiliknya sedangkan ilmu yang tidak berkah boleh membawa keburukan atau sia-sia.