| di | Digunakan untuk tempat. | Pertandingan itu diadakan di Taiping. | 
						
							| ke | Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa. | Mereka akan ke Ipoh esok. | 
						
							| dari | Digunakan untuk tempat, arah atau masa. | Bola itu ditendang dari penjuru padang. | 
						
							| daripada | Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan. | Surat itu saya terima daripada Yatie. | 
						
							| Kepada/ akan/terhadap | Digunakan selepas kata  adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap. | Devi suka akan rambutan. | 
						
							| bagi/untuk | Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain. | Hadiah ini untukmu. | 
						
							| pada | Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. | Tiket bas itu ada pada Hanim. | 
						
							| demi | Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan | Demi kepentingan bersama, marilah kita  berdamai. | 
						
							| tentang | Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan | Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara. | 
						
							| seperti/ umpama/
 laksanabagai
 | Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain. | Suaranya merdu seperti/umpama/laksana/bagai buluh perindu. | 
						
							| dengan | Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat. | Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya. | 
						
							| sejak/semenjak | Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa. | Riesa sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya pulang dari perantauan. | 
						
							| oleh | Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- | Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-kata ketua mereka.   | 
						
							| hingga/ sampai | Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu. | Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti. | 
						
							| dalam/ antara | Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. | Dalam hal ini, kita semua setuju. |