Teknologi

 
Manusia mampu melakukan pelbagai aktiviti harian dengan menggunakan deria dan anggota badan. Walaubagaimanapun, manusia mempunyai had keupayaan untuk melakukan aktiviti harian mereka. Dalam bab ini pelajar akan mengetahui lebih lanjut tentang had keupayaan manusia, perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang dan kebaikan serta keburukan teknologi.
 
13.1  Kebaikan dan Keburukan Teknologi
 
Teknologi dapat mengatasi had keupayaan manusia. Manusia telah mencipta pelbagai alat untuk mengatasi had keupayaan mereka dengan mengaplikasikan ilmu pengetahuan sains.
 
Teknologi
     
  Aplikasi pengetahuan sains untuk membantu mengatasi had keupayaan manusia  
 

Had keupayaan manusia

  • Ketidakupayaan manusia melakukan sesuatu akitiviti disebabkan adanya had keupayaan otak, anggota badan dan deria manusia
 
Peralatan Had keupayaan yang dapat diatasi
  • Kanta pembesar
  • Membantu manusia untuk melihat objek halus dan kecil dengan lebih jelas
  • Mikroskop
  • Dapat digunakan untuk melihat hidupan seni seperti mikroorganisma
  • Pembesar suara
  • Membolehkan suara dapat didengari dengan kuat oleh orang lain
  • Kereta
  • Dapat bergerak ke jarak yang jauh dengan lebih cepat
  • Binokular
  • Dapat melihat objek yang jauh
  • Kalkulator
  • Dapat membuat pengiraan dengan lebih cepat dan tepat
 

Perkembangan teknoloogi

  • Pelbagai kemudahan dan kehidupan yang lebih selesa kini adalah hasil daripada perkembangan teknologi
  • Teknologi berkembang dengan pesat dalam pelbagai bidang iaitu pertanian, pengangkutan, pembinaan, komunikasi dan perubatan
 
 
 
 
 
 

Kebaikan dan keburukan teknologi

  • Kemajuan teknologi yang sentiasa berkembang juga memudaratkan kehidupan manusia
 
Kebaikan teknologi Keburukan teknologi
  • Penggunaan dron untuk menyembur racun serangga pada tanaman boleh menjimatkan masa dan tenaga manusia
  • Jangka hayat bateri dron terhad dan pelupusan bateri dron boleh menyebabkan pencemaran
  • Teknologi perubatan dapat meningkatkan kualiti kesihatan manusia
  • Ubat-ubatan boleh disalahgunakan, menjadi punca masalah sosial dan masalah kesihatan yang menyebabkan kematian
  • Lebih banyak rumah boleh dibina di kawasan lereng bukit
  • Pemusnahan flora dan fauna akibat penebangan hutan
  • Perkongsian maklumat tanpa batas dan pantas dapat menjimatkan masa
  • Pengaruh negatif mudah merebak disamping data yang mudah dicerobohi
  • Pertambahan kenderaan berenjin memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
  • Pembebasan gas berbahaya menyumbang kepada pencemaran udara