Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
09-08: Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
9.8

Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)
Malaysia menyertai OIC yang dianggotai oleh 57 buah negara.
Pertubuhan ini ditubuhkan pada 25 September 1969 bersempena dengan Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi.
Tindakan puak Zionis menyerang Masjid Al-Aqsa mendorong para pemimpin Islam menubuhkan OIC untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam.
Negara Anggota OIC
OIC terdiri daripada 57 buah negara Islam di seluruh dunia.
Kebanyakannya dari negara Timur Tengah dan Utara Afrika.
Terdapat juga ahlinya dari negara Asia Tenggara, Eropah dan juga Amerika.
Setiausaha Agung Pertama
Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama dan memegang jawatan tersebut antara tahun 1970 hingga 1974.
Tugas utama Tunku Abdul Rahman adalah untuk mengukuhkan OIC dan memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Pengerusi OIC
Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima dilantik menjadi pengerusi pertubuhan ini pada tahun 2003.
Malaysia berhadapan dengan tohmahan yang sedang melanda umat Islam kerana sering dikaitkan dengan 3K, iaitu keganasan, kemiskinan dan kemunduran.
Malaysia mengentengahkan kesederhanaan dan menolak keganasan.
Pembangunan Pendidikan
Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pelajar dari negara OIC diberikan biasiswa untuk belajar di Universiti ini.
Menangani Isu Politik Negara Islam
Malaysia menjadi perantara bagi menyelesaikan konflik Iraq-Iran melalui OIC.
Berikutan pengumuman gencatan senjata antara Iran-Iraq (Ogos 1988), sepasukan 15 orang pegawai tentera Malaysia menyertai pasukan tentera pemerhati PBB.
Malaysia memberikan sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Palestine Liberation Organization (PLO).
Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul.
Rejim Kabul ini dibantu oleh Kesatuan Rusia sejak tahun 1979.
Malaysia membenarkan Mujahidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984.
Pembangunan Ekonomi
Malaysia menyertai Islamic Development Bank (IsDB) pada tahun 1974 dan memperoleh faedah berupa pinjaman daripada bank ini untuk membiayai projek pembangunan negara.
Penubuhan Bank Pembangunan Islam / Islamic Development Bank (IsDB) turut membawa perkembangan penting dalam sistem perbankan Islam melalui penubuhan bank Islam di serata dunia seperti Dubai Islamic Bank (1975), Islamic Bank of Bahrain (1979) dan Bank Islam Malaysia Berhad (1983).

Chapter : Dasar Luar Malaysia
Topic : Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
Form 5
Sejarah
View all notes for Sejarah Form 5
Related notes
09-01: Latar Belakang Dasar Luar
09-02: Asas Penggubalan Dasar Luar
09-03: Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB)
09-04: Malaysia dalam Komanwel
09-05: Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar
09-05: Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar Malaysia
09-06: Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
09-06: Pelibatan Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
09-07: Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)
01-01: Konsep Kedaulatan
Report this note
Report Card
Evaluate your academic performance through detailed report
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account