09-08: Pelibatan Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)

 
9.8 Pelibatan Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)

 

  • Malaysia menyertai OIC yang dianggotai oleh 57 buah negara 
  • pertubuhan ini ditubuhkan pada 25 semptember 1969 bersempena dengan Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi
  • tindakan puak Zionis menyerang Masjid Al-Aqsa mendorong para pemimpin Islam menubuhkan OIC untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam
Setiausaha Agung Pertama
  • Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama dan memegang jawatan tersebut antara tahun 1970 hingga 1974.
  • Tugas utama Tunku Abdul Rahman adalah untuk mengukuhkan OIC dan memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia mendapat pembelaan yang sewajarnya
 
Pengerusi OIC
  • Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima dilantik menjadi pengerusi pertubuhan ini pada tahun 2003
  • Malaysia berhadapan dengan tohmahan yang sedang melanda umat Islam kerana sering dikaitan dengan 3K, iaitu keganasan, kemiskinan dan kemunduran
  • Malaysia mengentengahkan kesederhanaan dan menolak keganasan
 
Pembangunan Pendidikan
  • Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 
  • pelajar dari negara OIC diberikan biasiswa untuk belajar di Universiti ini
 
Menangani Isu Politik Negara Islam
  • Malaysia menjadi perantara bagi menyelesaikan konflik Iraq-Iran melalui OIC. Berikutan pengumuman gencatan sejata antara Iran-Iraq pada bulan Ogos 1988, sepasukan 15 orang pegawai tentera Malaysia menyertai pasukan tentera pemerhati PBB.
  • Malaysia memberikan sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Palestine LIberation Organization (PLO).
  • Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul. Rejim Kabul ini dibantu oleh Kesatuan Rusia sejak tahun 1979. Malaysia membenarkan Mujahidin  Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984.
 
Pembangunan Ekonomi
  • Malaysia menyertai Islamic Development Bank (IsDB) pada tahun 1974 dan memperoleh faedah berupa pinjaman daripada bank ini untuk membiayai projek pembangunan negara.
  • Penubuhan IsDB turut membawa perkembangan penting dalam sistem perbankan Islam melalui penubuhan bank Islam di serata dunia seperti Dubai Islamic Bank (1975), Islamic Bank of Bahrain (1979) dan Bank Islam Malaysia Berhad (1983).