09-08: Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

 
9.8 Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
 
Penglibatan Malaysia
Setiausaha Agung Pertama
  • dapat dilihat melalui pelantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung yang pertama dari 1970 - 1974
  • Tugas - mengukuhkan OIC dan memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia mendapat pembelaan yang sewajarnya
Pengerusi OIC
  • Tun Abdullah Ahmad Badawi - pengerusi pada 2003
  • Malaysia berhadapan dengan tohmahan yang sedang melanda masyarakat Islam kerana dikaitkan dengan 3K, iaitu keganasan, kemiskinan, kemunduran
Pembangunan Pendidikan
  • menekankan melalui pembiayaan pelajaran dan kebajikan
  • ditunjuk melalui pembinaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • serta memberikan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC
Menangani Isu Politik Negara Islam
  • Malaysia menjadi perantara bagi menyelesaikan konflik Iran -Iraq melalui OIC
  • Malaysia memberikan sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan PLO
  • Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul
Pembangunan Ekonomi
  • aktif membangunkan ekonomi negara anggota OIC
  • kita menyokong aktiviti IsDB pada 1973
  • Malaysia menyertai IsDB dan mendapat faedah berupa pinjaman daripada bank ini untuk membiayai projek pembangunan negara
  • IsDB membawa perkembangan penting dalam sistem perbankan Islam melalui penubuhan bank Islam di serata dunia seperti Dubai Islamic Bank 1975, Bank Islam Malaysia Berhad 1983