Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
08-05: Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasioanal (DPN)
Back

8.5
Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Pengenalan
Pelaksanaan DEB dan DPN membawa perubahan kepada kemajuan ekonomi serta taraf hidup penduduk.
Pencapaian kedua-dua dasar ini dapat dilihat dari aspek sosial dan ekonomi.
Aspek Sosial
Penurunan Kadar Kemiskinan
Usaha mempelbagaikan kegiatan ekonomi membuka peluang pekerjaan.
Kerajaan menambah baik peluang rakyat mendapatkan kemudahan awam yang meningkatkan taraf dan kualiti hidup.
Pelaksanaan DEB kurangkan kemiskinan dari 49.3 (1970) ke 17.1 (1990).
DPN mengurangkan 7.2 peratus pada tahun 2000.
Peningkatan Kualiti Hidup
Peningkatan tahap kesihatan rakyat yang semakin baik.
Aspek pendidikan, pemilikan barang keperluan asas.
Penyediaan infrastruktur seperti hospital dan klinik.
Kualiti hidup semakin baik selepas tahun 1990.
Kemunculan Golongan Pertengahan
Perkembangan ekonomi menyebabkan bidang kerja (golongan pertengahan) meningkat
Ini menunjukkan dasar ekonomi memberi kesan kepada peningkatan taraf hidup rakyat
Juga memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan dan kemakmuran negara
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera diwujud melalui DEB dan DPN.
Membentuk kelas bumiputera komersial yang melibatkan diri dalam sektor korporat.
Muncul tokoh bumiputera dalam perbankan, pemodal saham, pemilik syarikat, pemilik pelabuhan dan usahawan muda.
Golongan ini memberikan faedah kepada peningkatan taraf hidup golongan miskin.
Tawarkan pekerjaan dalam syarikat mereka.
Pembangunan Pendidikan
Selepas tahun 1990, berlaku penumbuhan institusi pendidikan dan menyebabkan munculnya graduan dalam bidang sains, teknologi dan teknikal.
Graduan ini diperlukan dalam bidang perindustrian dan k-ekonomi.
Pengangkutan dan Perhubungan
Jaringan sistem jalan raya, pengangkutan udara, kereta api dan pelabuhan yang moden telah merancakkan aktiviti ekonomi negara.
Sistem pengangkutan mudahkan proses integrasi antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah.
Perkembangan Wilayah
Jengka ditubuhkan melalui projek Segitiga Jengka oleh FELDA.
Dinamakan segitiga untuk mengambil kira lokasi Jengka yang terletak di antara 3 daerah, Temerloh, Maran dan Jerantut.
Pejabat pos, hospital, bank, institusi pendidikan, stadium mini, pusat perniagaan dan pejabat pentadbiran kerajaan disediakan.
Kilang di kawasan perindustrian :
Kilang Alps
Kilang Bimbingan Bank Pembangunan
Bengkel kereta dan motor
Aspek Ekonomi
Perindustrian Berteknologi Tinggi
Perindustrian ini melibatkan penggunaan jentera moden yang memerlukan kemahiran tinggi dan modal yang besar
The Heavy Corporations of Malaysia Berhad (HICOM) ditubuhkan pada tahun 1980.
Antara projek yang dilaksanakan :
Membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang)
Besi dan keluli (Perai, Pinang)
Loji gas cecair (Bintulu, Sarawak)
Kawasan Perindustrian Baharu
Estet Perindustrian
Dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah dan pihak swasta.
Dibangunkan secara bandar terancang.
Taman Teknologi Perindustrian
Merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan industri.
Untuk menjalankan penyelidikan dan inovasi bagi membangunkan teknologi perindustrian.
Zon Perindustrian Bebas
Merupakan kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai atau tarif sebagai insentif.
Tujuannya, menarik pengusaha labur dan merangsang ekonomi.
Digunakan oleh syarikat multinasional seperti Sime Darby Berhad.
Kenderaan Buatan Malaysia
Penubuhan HICOM dan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia pada tahun 1983, menggalakkan pertumbuhan industri kereta dan motor.
Pelopor industri kereta tempatan adalah Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA).
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) adalah syarikat pengeluar motosikal nasional.
Membuka peluang pekerjaan untuk tenaga kerja yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum.
Dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan taraf hidup rakyat.
Ekonomi Malaysia
Secara umumnya, kegiatan ekonomi meningkatkan interaksi antara pelbagai kaum di Malaysia dan menyumbang kepada perpaduan kaum dalam masyarakat.
Sepanjang tahun 1970 hingga tahun 2000, ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi yang membanggakan.
Pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatan taraf hidup rakyat.
Kesimpulan
Pelaksanaan DEB bertujuan membantu rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan serta pembangunan ekonomi negara.
Sebagai rakyat, kita perlu bersyukur dengan kemakmuran yang dikecapi pada hari ini.
Selain itu, kita juga perlu menyokong dasar kerajaan demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Chapter : Membina Kemakmuran Negara
Topic : Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Form 5
Sejarah
View all notes for Sejarah Form 5
Related notes
08-01: Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
08-02: Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
08-03: Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
08-04: Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasioanal (DPN)
01-01: Konsep Kedaulatan
01-02: Ciri Negara yang Berdaulat
01-03: Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
01-04: Langkah Mempertahankan Kedaulatan
02-01: Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan
02-02: Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
Report this note
Homework Help
Get your homework done with live tutors’ help
Learn more
Register for a free Pandai account now
Report a Problem
×
There is something wrong with this question.
Content text
Content graphic
Inaccurate Fact
Additional Info and Comment
Submit Report
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account