05-06: Konfrontasi dan Usaha Menangani

5.6 Konfrontasi dan Usaha Menangani
 
Pengenalan
  • Penentangan mula muncul selepas Pemberontakan Brunei 7 Disember 1962, apabila Tunku Abdul Rahman menyatakan Indonesia terlibat membantu pemberontakan.
  • Parti Komunis Indonesia ambil kesempatan untuk menyelar rancangan Malaysia sebagai penerusan dasar neokolonialisme.
 
Konfrontasi

20 Januari 1963 - Dr Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan alasan mengancam kedudukan Indonesia.

Imej ini menunjukkan carta alir yang menerangkan peristiwa penentangan Indonesia. Terdapat tiga anak panah yang menunjukkan tiga tarikh penting: 1. 20.01.1963 - Melancarkan dasar konfrontasi terhadap Tanah Melayu ‘Ganyang Malaysia’. 2. 16.1.1963 - 27.3.1963 - Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak. 3. Ogos-Dis 1964 - Pendaratan gerila di Johor. Di sudut kiri atas, terdapat logo ‘Pandai’.
 
Peristiwa Penentangan
12 April 1963
  • Tindakan ketenteraan terawal berlaku.
  • Pendaratan tentera dan separa tentera Indonesia di Tebedu, Sarawak.

\(\downarrow\)

29 Disember 1963
  • Berlaku peristiwa berbalas tembakan antara tentera Malaysia dengan Indonesia di Kalabakan, Sabah.

\(\downarrow\)

2 September 1964
  • Berlaku peristiwa pendaratan seramai 30 orang gerila Indonesia di Labis, Johor. 
  • Gerila Indonesia yang masuk ke Johor ditahan oleh pasukan tentera Malaysia.

\(\downarrow\)

Majlis Keselamatan PBB
  • Dr. Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan ini ke dalam Majlis Keselamatan PBB.
  • Kaedah provokasi tidak mengubah pendirian Malaysia untuk bertindak selain cara diplomatik.
 
Langkah Menamatkan Konfrontasi
1963
  • Usaha awal dilakukan oleh U Thant, Setiausaha Agung PBB. Mengutus wakilnya C.V.Narasimhan pada Februari 1963 untuk berunding dengan pemimpin kerajaan Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Presiden Macapagal menganjurkan rundingan peringkat pegawai di Manila pada 9 April 1963.
  • Negara kita diwakili Muhammad Ghazali Shafie.
  • Tunku Abdul Rahman menerima undangan Presiden Soekarno untuk bertemu di Tokyo pada 1963.
  • Menerangkan tujuan pembentukan Malaysia.
  • Tun Abdul Razak menghadiri mesyuarat peringkat Menteri Luar di Manila pada 7 Jun hingga 11 Jun 1963.
  • Dr Subandrio, Menteri Luar Indonesia, hadir bagi pihak negaranya.
  • Tunku Abdul Rahman menghadiri dengan Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal di Manila 31 Julai hingga 5 Ogos 1963.
  • Hasil penting ialah penerimaan kerajaan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia selepas penilaian dibuat oleh PBB terhadap Sarawak dan Sabah.

\(\downarrow\)

1964
  • Rundingan Malaysia, Indonesia dan Filipina berlangsung.
  • Melibatkan dua persidangan peringkat menteri di Bangkok dan satu sidang kemuncak di Tokyo.
  • Thanat Khoman, Menteri Luar Thailand menganjurkan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia.

\(\downarrow\)

1965
  • Peralihan kepimpinan di Indonesia pada 30 September 1963 menamatkan konfrontasi.
  • Jeneral Suharto melantik Jeneral Ali Moertopo dan Adam Malik untuk berunding menamatkan konfrontasi.

\(\downarrow\)

1966
  • Kerajaan Indonesia mengumumkan penamatan konfrontasi  pada 4 Ogos 1966.
  • Tun Abdul Razak menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia - Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966.