05-04: Langkah Pembentukan Malaysia

 
5.4  Langkah Pembentukan Malaysia
 
Siri Lawatan
  • Julai 1961- Tunku Abdul Rahman lawat Sarawak dan Brunei untuk meninjau dan bertemu dengan pemimpin tempatan bagi menerangkan rancangan pembentukan Malaysia
\(\downarrow\)
  • Ogos 1962 - Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah, Donald Stephens and Datu Mustapha lawat untuk meninjau kemajuan di Persekutuan Tanah Melayu
\(\downarrow\)
  • November 1962 - Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah
\(\downarrow\)
  • Lawatan rombongan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ghafar Baba ke Sarawak dan Sabah
  • menunjukkan terdapat kesepakatan dalam kalangan ahli politik di Tanah Melayu untuk menjelaskan gambaran sebenar tentang rancangan Malaysia kepada penduduk Sarawak dan Sabah
 
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)

Tujuan Penubuhan : 

  • Meyakinkan penduduk Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia
  • Sediakan ruang perbincangan untuk mendapat kata sepakat
  • Mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia
  • Menyebarkan maklumat berkaitan dengan Malaysia
  • Memupuk aktiviti penghebahan dan mempercepat pembentukan Malaysia
 
Referendum Singapura
  • Ogos 1962 - Sptember 1962 = Rundingan antara kerajaan Persekutuan dan Singapura yang hasilkan persetujuan penyertaan Singapura
  • September 1962 - referendum diadakan bagi menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai Malaysia
  • Keputusan - rakyat Singapura setuju untuk bergabung dengan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
 
Suruhanjaya Cobbold
  • dibentuk pada Januari 1962
  • Pengerusi - Lord Cobbold
  • Ahli-Ahli : Sir Anthony Abell, Sir David Watherston, Muhammad Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee
  • melawat 20 pusat lawatan Sarawak dan 15 pusat lawatan Sabah
  • Jun 1962 - Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan 

Antara laporan tersebut termasuklah : 

  • Menyatakan dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia
  • Mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan yang baharu
  • Mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan khas diberi kepada Sarawak dan Sabah yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri berkenaan
 
Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
  • Ogos 1962 - Penubuhan Inter-Governmental Committee/ Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
  • diwakili kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
  • Bertujuan menyediakan rangka perlembagaan dan membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah
  • Pengerusi - Lord Lansdowne, Menteri Tanah Jajahan
  • Timbalan pengerusi - Tun Abdul Razak
  • Wakil Sarawak - Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggong Jugah, Pengarah Montegrai, Ling Beng Siew dan Chia Chin Sin
  • Wakil Sabah - Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha kewangan, Datu Mustapha, Donald Stephens dan Koo Siak Chiew

JAK mempunyai lima jawatankuasa kecil:

  1. Perlembagaan
  2. Kewangan
  3. Perkhidmatan Awam
  4. Perundangan dan Kehakiman
  5. Organisasi Jabatan
  • mengadakan mesyuarat pertama di Jesselton (kota Kinabalu), Sabah pada 31 Ogog 1962
  • mesyuarat terakhir di Kuala Lumpur pada 18-20 September 1962