04-04: Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan

4.4 Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan
 
Keluhuran Perlembagaan Mengukuhkan Perseketuan
Taraf
Perlembagaan
  • Diangkat sebagai undang-undang tertinggi
  • undang-undang digubal Parlimen dan DUN tidak boleh bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan
  • Perlembagaan jadi rujukan utama apabila berlaku ketidakselarasan antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang Negeri
Perkara 75
Perlembagaan
  • Menyebut bahawa jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang  Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan hendaklah mengatasi undang-undang Negeri
 
Penyelerasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri
  • dipengerusikan oleh Perdana Menteri
  • bincang pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan
Majlis yang Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
  • memperuntukkan penubuhan Majlis Negara 
  • untuk menyeleraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti

i) Majlis Kewangan Negara

ii) Majlis Tanah Negara

iii) Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

Majlis yang Ditubuhkan oleh Kerajaan
  • Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dna Negeri dibuat melalui majlis yang ditubuhkan seperti berikut

i) Majlis Keselamatan Negara

ii) Majlis Air Negara

iii) Majlis Perumahan Negara