04-01: Latar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita

 
4.1 Latar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita
 
 
Pembentukan Sistem Persekutuan di Malaysia
Persekutuan 1896
  • berkuat kuasa pada tahun 1896 dan dikenali sebagai NNMB
  • tidak mempunyai agihan kuasa dan fungsi khusus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  • keputusan pentadbiran dibuat oleh Residen Jeneral 
\(\downarrow\)
Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927
  • Majlis ini distruktur semula pada 1927
  • untuk memperkemas tadbir urus Persekutuan dan mengukuhkan kedudukan British di Tanah Melayu
\(\downarrow\)
Kesatuan Malaya 1946 (Malayan Union)
  • Pada 1946, Kesatuan Malaya 1946 atau Malaysian Union
  • Kesatuan diabawah Malayan Union turut membayangkan pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat di bawah kuasa Gabenor British
  • gagal diteruskan setelah mendapat bantahan daripada Raja-raja Melayu dan orang Melayu
\(\downarrow \)
Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Gabungan 9 negeri Melayu dan 2 NNS yang dikenali Persekutuan Tanah Melayu
  • menetapkan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
  • Pesuruhjaya Tinggi British dilantik sebagai ketua Persekutuan
  • Raja-raja Melayu memerintah negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing
\(\downarrow\)
Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • muncul pada 31 Ogos 1957
  • mewujudkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi melicinkan pentadbiran negara yang berdaulat
  • Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Persekutuan
  • diperkukuh dengan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen 
\(\downarrow\)
Persekutuan Malaysia 1963
  • Pada 16 September 1963, lahir sebuah Persekutuan tang terdiri 11 buah negeri Tanah Melayu, Singapura serta Sarawak dan Sabah
  • Persekutuan ini dinamakan Malaysia