Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
03-01: Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen

3.1
Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen
Pengenalan
Pemerintahan beraja merupakan tradisi yang berakar umbi dan menjadi teras kewujudan kerajaan Melayu.
Raja memerintah dengan kuasa yang penuh dan berdaulat.
Cabaran terhadap pemerintahan beraja berlaku selepas pentadbiran tempatan dikuasai oleh British dan Jepun.
Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa sehingga diiktiraf sebagai Raja Berperlembagaan seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini.
Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka
Raja ialah pemerintah kuasa mutlak (Kuasa pemerintahan termasuk kuasa pentadbiran, perundangan dan kehakiman).
Pemerintahan berdasarkan undang-undang seperti
Hukum Kanun Melaka.
Undang-Undang Laut Melaka.
Pemerintahan ini membina tradisi dan adat istiadat yang diwarisi oleh kesultanan Melayu.
Raja-raja Melayu dianggap sebagai sumber undang-undang, ketua kerajaan dan ketua agama.
Keabsahan bagi semua tindakan terletak pada kedaulatan Raja-raja Melayu.
Kesultanan Melayu Selepas Kesultanan Melayu Melaka
Legasi Kesultanan Melayu Melaka diteruskan secara langsung oleh Kesultanan Johor Riau, Pahang dan Perak.
Kesultanan Terengganu dan Selangor merupakan kesinambungan daripada Kesultanan Johor Riau.
Kesultanan Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis diasaskan setelah berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Kedah merupakan kerajaan terawal yang diasaskan di negara kita.
Kesultanan Kedah mengakui pertuanan Kesultanan Melayu Melaka.
Sebelum Perang Dunia Kedua
British memperkenalkan Sistem Residen di NNMB dan Sistem Penasihat di NNMTB.
Raja-raja Melayu memerintah dengan campur tangan British.
Semasa Pendudukan Jepun
Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua hal ehwal agama Islam.
Kedudukan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing berada bawah pengawasan Gabenor Jepun di Tanah Melayu.
Selepas Perang Dunia Kedua
Pengenalan Malayan Union mencabarkan pemerintahan beraja.
Kuasa pemerintahan diambil oleh Raja England.
British memerintah Malayan Union melalui Gabenor.
Penentangan Malayan Union oleh Raja-raja Melayu menyebabkan MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Undang-undang Tubuh mengangkat Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen Selepas Merdeka
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebagai Ketua Utama Negara.
Kuasa dan tugasnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ciri Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf raja sebagai pemerintah tertinggi negara.
Rakyat boleh pilih wakil mereka melalui pilihan raya.

Chapter : Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
Topic : Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen
Form 5
Sejarah
View all notes for Sejarah Form 5
Related notes
03-02: Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja
03-03: Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
03-04: Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa
03-05: Keunikan Amalan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita
01-01: Konsep Kedaulatan
01-02: Ciri Negara yang Berdaulat
01-03: Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
01-04: Langkah Mempertahankan Kedaulatan
02-01: Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan
02-02: Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
Report this note
Homework Help
Get your homework done with live tutors’ help
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account