02-03: Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan

2.3 Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan
 
 
 Ciri Tradisional
Kesultanan atau Pemerintahan Beraja
  • Sultan sebagai pemerintah berdaulat
    dan berkuasa penuh
  • Selepas merdeka, disesuaikan dengan
    konsep Demokrasi Berparlimen
  • Yang di-Pertuan Agong sebagai
    pemerintah tertinggi negara
  • Peringkat negeri, Sultan merupakan
    ketua negeri 
Agama Islam
  • Selepas merdeka, agam Islam bagi negeri Melayu terletak di bawah kuasa raja negeri masing-masing
  • Wilayah Persekutuan dan negeri tidak beraja , perkara ini terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong
Bahasa Melayu
  • bahasa Melayu digunakan dalam pemerintahan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
  • menjadi lingua franca dan bahasa ilmu
  • Kini menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia
Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera
  • Sebelum merdeka, di bawah kuasa raj dan ketua peribumi
  • Selepas merdeka, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain
 
Ciri Moden

 

Kerajaan Persekutuan

  • mewujudkan satu sistem kerajaan Persekutuan
  • Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyarankan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diberi kuasa
  • Sarawak dan Sabah diberi beberapa autonomi

Sistem Demokrasi Berparlimen

  • Asas demokrasi ialah pilihan raya umum pertama (1955)
  • tujuannya untuk memberikan kebebasan kepada rakyat memilih wakil pemimpin dan menubuhkan kerajaan

Kewarganegaraan

  • dikenalkan pada tahun 1948
  • rakyat dikategorikan sebagai rakyat raja dan ada yang mendapat kerakyatan British jika lahir di Melaka atau Pulau Pinang
  • kemerdekaan dan pembentukan Malaysia lahirkan taraf kewarganegaraan yang sama kepada rakyatnya