01-02: Ciri Negara yang Berdaulat

 
1.2  Ciri Negara yang Berdaulat
 
  • Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya
 
 
Ciri Negara yang Berdaulat
Mempunyai Pemerintahan 
  • diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi
  • pemerintahan dijalankan secara teratur
  • Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
  • Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong
  • Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri
Mempunyai Sempadan
  • sempadan - garis pemisah antara negeri atau negara
  • Malaysia kongsi sempadan darat, air dan udara dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina
  • memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran dan pembangunan ekonomi negara kita
Mempunyai Perundangan
  • merupakan asas peraturan negara
  • memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat
  • asas kepada sistem perundangan negara kita berpandukan Perlembagaan Persekutuan
  • Parlimen menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita
Mempunyai Rakyat
  • rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah
  • rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, agam dan adat resam
  • disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identiti nasional yang sama