Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun

 
Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun
 

Perkembangan semangat antipenjajah

  • Jepun menggunakan slogan "Asia untuk Asia" dan "Konsep Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya" - tekankan kebebasan Asia
  • Selari dengan perjuangan nasionalis Kesatuan Melayu Muda (KMM).
  • KMM bekerjasama dengan Jepun untuk beri kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
 

Perjuangan menuntut kemerdekaan dalam kalangan orang Melayu

  • Tentera Jepun membebaskan ahli KMM yang dipenjarakn oleh British.
  • Jun 1942, Jepun membubarkan KMM kerana menuntut kemerdekaan daripada Jepun.
  • Jepun tidak akan beri kemerdekaan kepada Tanah Melayu walaupun KMM telah membantu dalam peperangan dengan British.
  • Anggota KMM dalam organisasi ketenteraan yang ditubuhkan Jepun Giyu Gun dan Giyu Tai sertai gerakan bawah tanah menentang Jepun tetapi dalam masa sama bekerjasama dengan pentadbiran tentera Jepun.
  • Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan oleh nasionalis Melayu untuk mencapai kemerdekaan bersama Indonesia.
  • Jepun restui matlamat KRIS.
  • Perjuangan KRIS gagal kerana Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua.
  • Penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas zaman pendudukan Jepun.
 

Kesedaran politik di Sarawak dan Sabah

  • kegiatan penduduk Sarawak dikawal melaui persatuan yang ditaja oleh Jepun.
  • Kakeo Kokokai
    • Persatuan Cina Seberang Laut anjuran Jepun.
    • Gabungan persatuan Cina yang merangkumi dialek, daerah dan nama keluarga di bawah satu pertubuhan.
    • Mempunyai cawangan di bandar utama yang didiami orang Cina seperti Sibu.
  • Orang Melayu dan Iban diberi jawatan dan kuasa lebih tinggi sebagai Pegawai Daerah.
  • Di pantai timur Sabah, Parti Kebangsaan Melayu Tawau ditubuhkan, Orang Kaya-Kaya Abu Bakar sebagai pengerusi.