Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan

 
7.1 Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan
 
  • Campur tangan kuasa Barat membawa perubahan kepada sistem pentadbiran Barat.
  • Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan kerana kehilangan hak dan kedudukan.
  • Oleh itu, bangkitnya penentangan dari masyarakat tempatan.
 
 
Penentangan Bersenjata
 
Abad ke-19

 

  • Penentangan Dol Said di Naning
 
 
  • Penentangan Yamtuan Antah di Negeri Sembilan
 
 
  • Penentangan Dato Bahaman di Pahang
 
 
  • Penentangan Rentap di Sarawak
 
 
  • Penentangan Sharif Masahor di Sarawak
 
 
Abad ke-20
 
  • Penentangan Tok Janggut di Kelantan
 
 
  • Penentangan Mat Salleh di Sabah
 
 
  • Penentangan Mat Sator di Sabah
 
 
Mencabar Perjanjian

 

  • Dato' Maharaja Lela
 
Latar Belakang
 
  • Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah keturunan Daeng Salili anak Raja Bugis yang berasal dari daerah Luwuk, Sulawesi
  • Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir Pasir Salak
 
Sebab Penentangan
 
  • Beliau bangkit menentang British kerana Residen British mengambil alih kuasa Sultan, pengambilan hak mengutip cukai dan Residen British yang mencabuli adat resam orang Melayu
 
Peristiwa Penentangan
 
  • 16 Oktober 1874: Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah R.C Woods, peguam dari Pulau Pinang untuk memansuhkan Perjanjian Pangkor. Namun usahanya gagal
  • Rentetan itu, beberapa mesyuarat sulit diadakan antara Sultan Abdullah dengan pembesarnya bagi membincangkan pakatan menghapuskan J.W.W Birch.
  • 2 November 1875: J.W.W Birch diiringi oleh Leftenan Abbott, Mat Arshad, jurubahasanya dan sepasukan tentera tiba di Pasir Salak untuk menampal perisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British
  • Kesempatan tersebut digunakan oleh Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya untuk membunuh J.W.W Birch
  • 2 November 1875: J.W.W Birch dibunuh
  • 1877: Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Siputum dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British
  • Sultan Abdullah, Raja Ismail dan Ngah Ibrahim dibuang negeri
 
 
Menggunakan Sistem Perundangan

 

  • Gerakan Kebangkitan Tani
 
Latar Belakang
 
  • Ketua gerakan Kebangkitan Tani ialah Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau Haji Abdul Rahman Limbong
  • Keluarganya berasal dari Patani dan Terengganu
  • Lahir pada 1868 dan meninggal dunia di Makkah pada 1929
 
Sebab Penentangan
 
  • Beliau menentang pengenalan pentadbiran Barat di Terengganu dan menolak undang-undang tanah yang berlawanan dengan hukum syarak
 
Peristiwa Penentangan
 
  • Beliau memohon Lesen Wakil (pleader) untuk menjadi wakil kepada tertuduh
  • Beliau betindak sebagai peguam bagi mewakili penduduk Ulu Telemong menentang pihak kerajaan yang diwakili oleh renjer hutan
  • Kegagalan pihak peguam cara dan hakim menjelaskan pertanyaan Haji Abdul Rahman Limbong menyebabkan perbicaraan ditangguhkan dan berakhir tanpa keputusan
  • Akhirnya, perbicaraan ditamatkan dengan keputusan berpihak kepada beliau
  • Apabila berlaku Kebangkitan Tani 1928, British menangkap beliau atas tuduhan menghasut
  • Beliau dibicarakan dan dibuang negeri ke Makkah