Tamadun Awal Dunia

 
5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia
 
  • Tamadun awal bermula dan berkembang di kawasan lembah sungai.
 
Tamadun Mesopotamia
 
Mesopotamia
  • Tanah di antara dua sungai.
  • Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.
 
  • 5 000 SM – 700 SM – perkembangan bermula
  • 3 500 SM – menjadi pusat tamadun awal
  • Kerajaan utama:
    • Sumeria (kerajaan pertama pada 3 500 SM)
    • Babylon
    • Akkad
    • Asyria
    • Chaldea (kerajaan terakhir pada 539 SM)
 
  • Perkembangan Kerajaan Sumer:
    • Membina petempatan
    • Menjalankan aktiviti pertanian
    • Membina sistem pengairan
    • Membina sistem perbandaran
 
Gambar ini menunjukkan satu peta minda atau carta alir berbentuk bulatan yang menerangkan tentang
 

 

 
  • Perbandaran
    • Struktur bandar dibina daripada bata tanah liat
    • Tempat ibadat berbentuk zigurat
    • Dinding besar mengelilingi bandar
    • Petempatan awal bermula dari perkampungan ke bandar, seterusnya kepada beberapa negara-kota
    • Contoh negara-kota: Negara-Kota Ur
    • Terdapat pusat perdagangan dan pelabuhan di Negara-Kota Ur
 
  • Kawasan Mesopotamia pada masa kini:
    • Iraq
    • Syris
    • Turki
    • Iran
    • Kawasan sempadan Turki-Syria
    • Kawasan sempadan Iran-Iraq
 
Tamadun Mesir Purba
 
  • Terletak di kawasan lembah Sungai Nil
  • Kepentingan Sungai Nil:
    • membanjiri kawasan sekitarnya dan membawa lumpur berwarna hitam yang subur untuk pertanian
    • membekalkan sumber makanan seperti ikan
    • sumber perhubungan dan pengangkutan
 
  • Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan:
  1. Kerajaan Purba
    • Perkampungan petani pada 5 000 SM
    • Terbentuk 2 kerajaan, kerajaan utara di hilir Sungai Nil dan kerajaan selatan di hulu Sungai Nil.
    • Raja Mennes menyatukan kedua-dua kerajaan pada 3 100 SM.
    • Raja Mennes menjadikan bandar Memphis ibu kota kerajaan.
    • Perkembangan kerajaan mencapai kemuncak pada 2 650 SM.
  2. Kerajaan Pertengahan
    • Bermula tahun 2 100 – 1 650 SM.
    • Perkembangan bidang kesusasteraan dan ukiran.
    • Thebes ibu kota kerajaan.
    • Kegiatan perdagangan berlangsung menggunakan jalan sungai.
    • Raja Mesir menghantar tentera untuk melindungi pedagang daripada serangan penjahat di jalan perdagangan Mesir.
    • Pembinaan kubu di sepanjang Sungai Nil oleh penduduk.
    • Penduduk mengambil alih kuasa kota Nubia.
  3. Kerajaan Baru
    • Golongan bangsawan memerintah Mesir.
    • Pemerintah digelar Firaun.
    • Firaun membentuk pasukan tentera untuk mematahkan serangan orang luar.
    • Raja yang terkenal ialah Ramses.
    • Ramses membina banyak monumen terkenal berupa berhala.
    • Zaman kejatuhan bermula semasa pemerintahan Ramses II pada 1 279 – 1 213 SM.
 

 

   
Tamadun Indus
 
   
  • Terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India.
  • Dikelilingi oleh Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.
  • Tamadun bermula pada 2 500 SM
  • Melalui 2 musim yang ekstrem menyebabkan tanaman musnah:
    1. Musim hujan membawa banjir
    2. Musim kering membawa kemarau
  • Kegiatan utama termasuk:
    • Pertanian
      • Gandum
      • Barli
      • Kapas
    • Pembuatan barangan daripada kapas dan besi
    • Perdagangan
  • Perkembangan bandar terancang di Lembah Indus
    • Bandar terancang yang dibina:
      • Mohenjo-Daro
      • Harappa
    • Mencipta sistem paip dan pembentungan
  • Kejatuhan Tamadun Indus
    • Peristiwa gempa bumi dan banjir
    • Serangan orang Aryan
 
   
Tamadun Huang He  
   
Huang He
Sungai Kuning yang menyimpan banyak lumpur kekuningan yang subur.
 
   
  • Terletak di antara Sungai Huang He (atau Sungai Kuning) yang terletak di kawasan utara negara China dan Sungai Yangtze di bahagian tengah China mengalir ke timur hingga ke Laut Kuning.
  • Kegiatan awal:
    • Pertanian
    • Penternakan binatang
    • Mengumpul hasil hutan
    • Berburu
  • Terdapat 3 kerajaan awal:
    • Xia (2 205 – 1 766 SM)
    • Shang (1 766 – 1 050 SM)
    • Zhou (1 050 – 256 SM)
  • Perkembangan:
    • Lahir bandar seperti Anyang (pusat kerajaan Dinasti Shang)
    • Aktiviti utama tamadun:
      • Pertanian
      • Pembuatan tembikar
      • Pembinaan kapal
      • Penghasilan varnis, sutera, sulaman dan ukiran
      • Penghasilan ciptaan peralatan pertanian kayu dan logam
 
   

 

 
5.2 Perbandingan Sumbangan Tamadun Awal
 
Perbandingan sumbangan tamadun awal yang penting
Aspek Tamadun Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesir Purba Tamadun Indus Tamadun Huang He

Pemerintahan dan Pentadbiran

  • Negara-kota diperintah oleh raja.
  • Negara-kota bersatu membentuk empayar pertama.
  • Lahirnya undang-undang Kod Hammurabi.
  • Firaun memerintah negara seperti kuasa tuhan.
  • Raja berkuasa mutlak.
  • Raja mempunyai pandangan kehidupan selepas mati.
  • Menghormati mayat untuk dikebumikan.
  • Pemerintahan dipegang oleh golongan pendeta.
  • Golongan pendeta mempunyai pengaruh dalam bidang keagamaan dan pentadbiran.
  • Sistem politik berasaskan negara kota.
  • Masyarakat dan keluarga merupakan unsur penting.
  • Pembahagian kelas sosial.
  • Kuasa raja datang dari syurga.
  • Raja berkuasa dalam bidang ekonomi, politik dan agama.
Kegiatan Ekonomi
  • Ekonomi ditadbir secara berpusat oleh golongan agama dan raja.
  • Kerajaan menentukan jumlah tanaman dan bilangan petani.
  • Wujud pekerjaan seperti pegawai, petani, jurukira dan hamba.
  • Pertanian merupakan
    kegiatan utama.
  • Majoriti penduduk
    ialah petani.
  • Petani membayar sewa tanah kepada raja.
  • Terdapat kegiatan perdagangan.
  • Sistem ekonomi bersepadu
    yang berasaskan pertanian.
  • Tanaman utama ialah gandum dan barli.
  • Haiwan ternakan seperti
    lembu dan kambing.
  • Terdapat kegiatan tenunan kain dan kerja logam.
  • Kegiatan perdagangan berkembang.
  • Penanaman sekoi, padi, gandum dan barli.
  • Haiwan ternakan seperti lembu, kambing, ayam dan babi.
Teknologi
  • Adanya sistem tali air.
  • Reka cipta berasaskan gangsa.
  • Ciptaan roda, sauh dan bajak.
  • Sistem nombor berasaskan 60.
  • Kalendar 12 bulan.
  • Mencipta emas.
  • Mencipta kertas daripada papirus.
  • Kemajuan matematik dan geometri.
  • Kemahiran dalam bidang perubatan.
  • Pembinaan terusan dan pengairan.
  • 365 hari dalam kalendar tahunan.
  • Penciptaan kertas.
  • Kota dibina mengikut grid yang tepat.
  • Adanya sistem perparitan dan pembetungan.
  • 365 hari dalam kalendar tahunan.
  • Penciptaan kertas.
  • Hasil cipta sutera.
  • Penciptaan peralatan daripada besi.
  • Penciptaan wang syiling.
  • Peningkatan pengangkutan jalan dan terusan.
  • Penciptaan kompas magnetik.
Kesenian dan Kesusasteraan
  • Tulisan dikenali sebagai kuneiform.
  • Penduduk menukilkan puisi.
  • Rekaan patung untuk mengingati pemimpin.
  • Tulisan hieroglif.
  • Lakaran hasil kesenian terdapat di tembok batu sebagai lukisan dinding dan di kawasan perkuburan.
  • Adanya tulisan piktograf.
  • Penghasilan balang yang mempunyai ukiran geometri dan motif alam.
  • Adanya penulisan berasal daripada piktograf.
  • Hasil cipta puisi yang romantik.
  • Lirik diolah dalam pelbagai bentuk tradisi masyarakat.
  • Hasil kesenian dilukis pada tembikar.
Binaan Bangunan dan Kemudahan
  • Zigurat yang berfungsi sebagai rumah ibadat.
  • Taman Tergantung Babylon.
  • Piramid
  • Sfinks
  • Tempat ibadat
  • Kolam mandi besar.
  • Kota dibina mengikut grid yang tepat.
  • Jelapang
  • Sistem paip dan pembetungan
  • Dewan perhimpunan
  • Kekurangan seni bina monumen.
  • Bandar pertama dibina pada zaman Dinasti Shang.
  • Istana dan tempat ibadat dibina di tengah-tengah bandar.