Makmal Sains Anda

1.2  Makmal Sains Anda
 
Radas makmal dan fungsinya
Radas Fungsi
Tabung didih Memanaskan bahan kimia dalam kuantiti yang kecil
Tabung uji Mengisi bahan kimia dalam kuantiti yang kecil
Bikar Mengisi bahan kimia dalam kuantiti yang besar
Kelalang kon
Kelalang dasar leper
Silinder penyukat Menyukat isi padu cecair
Buret Menyukat isi padu cecair dengan tepat
Pipet Menyukat isi padu cecair yang tetap
Tungku kaki tiga Menyokong radas semasa pemanasan
Kasa dawai Membantuk menyebarkan haba dengan sekata semasa pemanasan
Corong turas Menuras atau menapis pepejal tidak larut daripada campuran
Balang gas Untuk mengumpul gas
Kaki retort Untuk memegang atau menyokong sesuatu radas
Piring sejat Untuk tujuan penyejatan
 
Simbol-simbol amaran

Bahan merengsa

  • Bahan kimia yang merengsa boleh menghasilkan wap atau wasap yang dapat memedihkan mata, hidung dan tekak. ELAKKAN daripada menghidu wap atau wasap. Gunakan bahan kimia tersebut di dalam kebuk wasap. Contoh: kloroform dan ammonia.

Radioaktif

  • Bahan radioaktif mengeluarkan sinaran radioaktif yang dapat menyebabkan kanser. Contoh: uranium dan plutonium.

Bahan mengakis

  • Bahan kimia ini bersifat mengakis. JANGAN sentuh bahan ini kerana akan melecurkan kulit. Sekiranya terkena pada kulit, cuci bahagian tersebut dengan air yang banyak. Contoh: asid dan alkali pekat.

Bahan beracun/ toksik

  • Bahan kimia ini beracun atau toksik. JANGAN minum, makan, menghidu atau merasa bahan ini. Contoh: merkuri dan klorin.

Bahan mudah meletup

  • Bahan kimia ini mudah meletup. Gunakan bahan ini mengikut arahan dengan CERMAT. Contoh: gas hidrogen dan gas butana.

Bahan mudah terbakar

  • Bahan yang mudah mengewap dan terbakar. JAUHKAN bahan ini daripada sumber api atau haba. Gunakan bahan ini mengikut arahan dengan cermat. Contoh: alkohol dan petrol
 
Peraturan di dalam makmal:

  • Jangan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran.
  • Jangan mulakan eksperimen sebelum diarahkan oleh guru.
  • Baca arahan dan fahami arahan eksperimen terlebih dahulu.
  • Gunakan semua bahan kimia dan peralatan dengan betul dan cermat.
  • Dilarang minum, makan dan bermain-main di dalam makmal.
  • Dilarang mengeluarkan peralatan dan bahan kimia dari makmal.
  • Kembalikan peralatan dan bahan kimia ke tempat simpanan asal jika dialihkan.
  • Pastikan tempat menjalankan eksperimen sentiasa kemas dan bersih.
  • Cuci semua peralatan dan buang bahan buangan mengikut kaedah yang betul.
  • Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum meninggalkan makmal.
 
Langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan bahan kimia dan radas:

  • Jangan halakan hujung tabung uji ke arah diri sendiri atau orang lain
  • Gunakan cermin pelindung mata ketika mencampurkan atau memanaskan bahan kimia
  • Jangan merasa atau menghidu bau kecuali dibenarkan oleh guru
  • Jauhkan bahan kimia yang mudah terbakar daripada sebarang sumber api