Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan Solat Sunat Hajat
Maksud, Hukum dan Dalil Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Maksud
Solat 2 rakaat sebelum duduk ketika setiap kali masuk ke dalam masjid
Hukum
Sunat
Dalil
Hadis Rasulullah SAW daripada Abu Qatadah Al-Salami: إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ، فَ يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ
(رَكْعَتَيْنِ (متّفق عليه Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang masuk ke dalam masjid, maka janganlah duduk sehingga dia solat dua rakaat."
Kaifayah Menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Niat
أُصَلِّى سُنَّةَ تَحِيَّةِ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى Maksud: Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
Bilangan rakaat
2 rakaat.
Waktu
Setiap kali masuk ke dalam masjid, sebelum duduk.
Cara melaksanakan
Bersendirian.
Bacaan dalam solat
Rakaat Pertama
Rakaat Kedua
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun atau surah-surah lain.
Surah Al-Ikhlas atau surah-surah lain.
Maksud, Hukum dan Dalil Solat Sunat Hajat
Maksud
Solat yang dilaksanakan untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu.
Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa berwudhuk dengan sempurna, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurna, Allah SWT akan mengurniakan apa-apa sahaja yang dipohon sama ada cepat atau lambat."
Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ada hajat kepada Allah atau kepada manusia lain, berwudhuklah dengan sempurna dan kemudian solat dua rakaat, memuji Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW..."
Kaifiyah Menunaikan Solat Sunat Hajat
Niat
أُصَلِّى سُنَّةَ الْحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى Maksud:Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.
Bilangan rakaat
Tidak ditentukan bilangan yang sebenar.
Biasanya dilakukan antara 2-12 rakaat.
Waktu
Boleh dilakukan bila-bila masa.
Kecuali waktu yang diharamkan.
Afdhal: waktu pertengahan malam.
Cara melaksanakan
Boleh secara bersendirian
Mengikut hajat masing-masing.
Atau berjemaah
Untuk hajat yang sama.
Bacaan dalam solat
Rakaat Pertama
Rakaat Kedua
Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun/surah-surah lain.
Surah Al-Ikhlas/surah-surah lain.
Doa
Memohon hajat kepada Allah SWT selepas memberi salam.
Hikmah Menunaikan Solat Sunat Hajat
Meletakkan pergantungan yang mutlak kepada Allah SWT yang Maha Pemberi segalanya.
Melatih diri agar berharap kepada pertolongan Allah SWT ketika senang atau susah.
Mendidik jiwa agar redha dengan ketentuan Allah SWT.