Menguruskan jenazah dengan cara tertentu mengikut ketetapan syarat.
Hukum Menguruskan Jenazah
Fardhu kifayah.
Dalil
لَوْ مِتِّ قَبْلِي فَقُمْتُ عَلَيْكِ فَغَسَّلْتُكِ وَكَفَّنْتُكِ وَصَلَّيْتُ عَلَيْكِ وَدَفَنْتُكِ .(رواية ابن ماجه) Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: "..sekiranya kamu mati sebelumku, maka aku akan memandikanmy, mengapankanmu, mensolatkanmy dan mengebumikanmu."
اِلْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمْ البَياَضَ، فَإنَّها مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ؛ وَكَفِّنُوا فِيْهَا مَوْتَاكُمْ .(رواية الترمذي) Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: "Pakailah pakaian berwarna putih, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu dan kapankanlah orang mati dalam kalangan kamu dengan kain putih."
Tindakan ketika Menghadapi Orang yang Sedang Nazak
Diajarkan kalimah "laa ilaha illallah" (syahadah) dengan cara yang lembut.
Mengingatkan pesakit agar bersangka baik dengan Allah SWT.
Dibacakan Surah Yassin disisinya.
Tindakan Awal Terhadap Jenazah
Menutup kedua-dua mata jenazah.
Mengikat dagu jenazah dengan kain agar mulutnya tidak terbuka.
Meletakkan jenazah di atas katil atau tempat yang lebih tinggi daripada lantai.
Menghadapkan jenazah ke arah kiblat.
Melembutkan sendi-sendi tulang.
Meletakkan tangan jenazah di dadanya (seperti dalam keadaan qiam).
Meletakkan sesuatu yang sederhana beratnya di atas perutnya supaya tidak kembung.
Mengikatkan pakaian yang dipakaikan dengan kain yang boleh menutup seluruh tubuh.
Adab Menziarahi Jenazah
Mendoakan keampunan dan rahmat Allah SWT untuk jenazah.
Mengucapkan takziah kepada keluarga si mati.
Membantu keluarga si mati seperti menyediakan makanan untuk mereka.
Tidak meratapi pemergian si mati seperti meraung, mengeluh atau menyalahkan takdir Allah SWT.
Contoh Ucapan Takziah
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Maksudnya:Semoga bersabar dengan ujian ini. Mudah-mudahan Allah SWT menggantikan musibah yang berlaku dengan ganjaran yang lebih baik untuk kamu.
Memandikan Jenazah
Maksud
Meratakan air ke seluruh tubuh jenazah.
Tujuan
Membersihkan jenazah dan memuliakannya.
Kaifiyat Memandikan Jenazah
Meletakkan jenazah di tempat yang agak tinggi bagi memudahkan air mengalir bagi memudahkan air mengalir.
Memastikan aurat jenazah ditutup.
Menekan perut jenazah untuk mengeluarkan najis dan kotoran.
Membersihkan seluruh tubuh jenazah daripada najis dan sebarang benda yang boleh menghalang air.
Membersihkan gigi, lubang hidung, telinga, dan celah-celah kukunya.
Menyiram seluruh tubuh jenazah dengan air yang telah dicampurkan dengan daun bidara dan sabun.
Membilas seluruh badan jenazah dengan air.
Jenazah dimandikan dengan air yang dicampur dengan kapur berus.
Mengapankan Jenazah
Maksud
Menutup seluruh tubuh jenazah dengan sekurang-kurangnya sehelai kain.
Tujuan
Menutup aurat jenazah.
Kaifiyat Mengkafankan Jenazah
Jenazah Lelaki
Jenazah Perempuan
Afdhal dikapankan dengan 3 lapisan kain putih
Setiap lapisan kain dapat menutup seluruh tubuh jenazah.
Afdhal dikapankan dengan 5 lapisan kain putih:
1 lapisan baju: Menutup bahagian tubuh.
1 lapisan: Menutup bahagian antara pusat hingga lutut.
1 lapisan tudung: Menutup bahagian kepala.
2 lapisan kain: Menutup seluruh tubuh jenazah.
Menyembahyangkan Jenazah
Maksud
Solat yang dilakukan ke atas jenazah dengan kaifiyah tertentu.
Tujuan
Mendoakan jenazah agar mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT
Kaifiyat Menyembahyangkan Jenazah
Lafaz niat
أُصَلِّي عَلَى هَذَا الْمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ إِمَامًا مَأْمُومًا لِلهِ تَعَالَى Maksud: Sahaja aku menunaikan solat ke atas mayat ini, 4 takbir fardhu kifayah, menjadi imam/makmum kerana Allah Taala.