Seperti menunaikan solat tahajjud, membaca Al-Quran.
Hukum
Sunat.
Dalil Naqli
وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهٖ نَافِلَةً لَّكَۖ عَسٰٓى اَنْ يَّبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُوْدًا Maksud: Dan daripada sebahagian malam, bertahajjudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhan menempatkanmu di tempat yang terpuji. (Surah Al-Isra', ayat 79)
... أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ (رواية مسلم)
Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah RA: "...sebaik-baiknya solat selepas fardhu ialah solat malam."
Amalan Semasa Qiamullail
1.
Memulakan qiamullail dengan solat tahajjud 2 rakaat.
Diikuti solat sunat yang lain, seperti:
Solat hajat.
Solat taubat.
Solat tasbih.
2.
Memperbanyakkan:
Zikir.
Istighfar.
Membaca Al-Quran.
Berdoa.
3.
Disudahi dengan solat sunat witir.
4.
Amalan Rasulullah SAW sebelum qiamullail:
Bersiwak.
Memandang ke langit sambil membaca:
اِنَّ فِيْ خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَاخْتِلَافِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَاٰيٰتٍ لِّاُولِى الْاَلْبَابِۙ Maksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang berakal. (Surah Al-'Imran, ayat 190)