19: Qiamulail Pemangkin Kekuatan Jiwa

19  Qiamullail Pemangkin Kekuatan Jiwa
 
 

 
1. Maksud, Hukum dan Dalil Qiamullail
Maksud

Qiamullail ialah:

  • amalan bangun malam
  • untuk beribadah kepada Allah SWT
  • seperti menunaikan solat tahajjud, membaca Al-Quran
Hukum Sunat
Dalil Surah Al-Isra', ayat 79 Dan daripada sebahagian malam, bertahajjudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmy menempatkanmu di tempat yang terpuji وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهٖ نَافِلَةً لَّكَۖ عَسٰٓى اَنْ يَّبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُوْدًا
Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah RA ...sebaik-baiknya solat selepas fardhu ialah solat malam.

... أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ

(رواية مسلم)

 
2. Amalan Semasa Qiamullail
1.
  • Memulakan qiamullail dengan solat tahajjud 2 rakaat
  • Diikuti solat sunat yang lain, seperti:
    • Solat hajat
    • Solat taubat
    • Solat tasbih
2.

Memperbanyakkan:

  • Zikir
  • Istighfar
  • Membaca Al-Quran
  • Berdoa
3. Disudahi dengan solat sunat witir

Amalan Rasulullah SAW sebelum qiamullail:

  1. Bersiwak
  2. Memandang ke langit sambil membaca:
Surah Al-'Imran, ayat 190 Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang berakal. اِنَّ فِيْ خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَاخْتِلَافِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَاٰيٰتٍ لِّاُولِى الْاَلْبَابِۙ
 
3. Kelebihan Orang yang Mengamalkan Qiamullail
 
  1. Doa dimakbulkan oleh Allah SWT
  2. Menjadi hamba yang bersyukur
  3. Mendapat kemuliaan dan tempat yang terpuji di sisi Allah SWT
  4. Memberi ketenangan kepada jiwa untuk lebih khusyuk beribadah kepada Allah SWT
  5. Beroleh balasan syurga di akhirat