18: Aidil Fitri dan Aidil Adha

 
18  Aidil Fitri dan Aidil Adha
 
 
1. Maksud
Maksud Aidil Fitri Aidil Adha
  • Hari raya umat Islam
  • Disambut: 1 Syawal
  • Hari raya umat Islam
  • Disambut: 10 Zulhijjah
 
2. Amalan Sunat Semasa Menyambut Hari Raya
1. Menghidupkan malam raya dengan:
  • bertakbir membesarkan Allah SWT
  • berdoa
2. Memakai pakaian yang terbaik, bersih, cantik
3. Mandi sunat hari raya
4. Lelaki: memakai wangi-wangian ketika keluar menunaikan solat hari raya
5. Datang awal ke masjid
6. Pergi dan balik dari tempat solat melalui jalan yang berlainan
7. Aidil Fitri Aidil Adha
Makan sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat hari raya Makan selepas menunaikan solat sunat hari raya
 
3. Kaifiyah Solat Sunat Hari Raya dan Khutbah Hari Raya
 
3.1 Kaifiyah solat sunah hari raya
1. Niat
Aidil Fitri:

أُصَلِّي سُنَََّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ إمَامًا / مَأْمُومًا لِلهِ تَعَالَى

"Sahaja aku menunaikan solat sunat Aidil Fitri, dua rakaat, menjadi imam/makmum, kerana Allah Taala

Aidil Adha:

أُصَلِّي سُنَََّةَ عِيْدِ ا ضْألَْحَى رَكْعَتَيْنِ إمَامًا / مَأْمُومًا لِلهِ تَعَالَى

"Sahaja aku menunaikan solat sunat Aidil Adha, dua rakaat, menjadi imam/makmum, kerana Allah Taala

2. Takbiratul Ihram

Rakaat pertama:

1. Membaca doa iftitah

2. Bertakbir sebanyak 7 kali

  • Setiap takbir dipisahkan dengan bacaan tasbih

Rakaat ke-2:

1. Bertakbir sebanyak 5 kali

  • Setiap takbir dipisahkan dengan bacaan tasbih
3. Membaca Surah Al-Fatihah
3. Membaca Surah Al-'Ala/surah-surah lain 2. Membaca Surah Al-Ghasyiah/surah-surah lain
4. Menyempurnakan rukun-rukun yang lain sehingga memberi salam
 
3.2 Kaifiyah khutbah hari raya
Kaifiyah khutbah hari raya
1. Sunat: berkhutbah dengan 2 khutbah selepas selesai solat
2. Dilakukan selepas solat sunat hari raya
3.

Sunat: mulakan dengan takbir:

  • Khutbah pertama: 9 kali
  • Khutbah ke-2: 7 kali
4.

Menunaikan rukun-rukun khutbah:

  1. Memuji Allah SWT sekurang-kurangnya menyebut "alhamdulillah"
  2. Berselawat ke atas Rasulullah SAW
  3. Berpesan supaya bertaqwa kepada Allah, sekurang-kurangnya menyebut "ittaqullah"
  4. Membaca sekurang-skurangnya 1 ayat Al-Quran, pada salah satu khutbah
  5. Berdoa untuk orang-orang yang beriman pada khutbah ke-2
 
3.3 Syarat sah khutbah
1. Waktu disampaikan Selepas solat hari raya
2. Penyampaian rukun khutbah Dalam bahasa Arab
3. Turutan penyampaian khutbah Berturut-turut antara kedua-duanya
4. Khatib Lelaki
5. Keadaan khatib
  • Suci daripada hadas kecil dan besar
  • Menutup aurat
6. Cara penyampaian khatib Berdiri jika mampu
 
4. Hikmah Pensyariatan Hari Raya
No. Hikmah Huraian
1. Membesarkan Allah SWT atas kurniaan nikmat iman dan Islam.
2. Sebagai tanda bersyukur daripada seorang hamba terhadap penciptaNya.
3. Melahirkan rasa kegembiraan meraikan hari kebesaran Islam.
4. Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga.
5. Mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam.
6. Beroleh nasihat dan pengajaran melalui khutbah yang disampaikan.