29: Ilmu Cahaya Kehidupan

29  Ilmu Cahaya Kehidupan

Kewajipan Menuntut Ilmu
Wajib mempelajari fardhu ain seperti tauhid, feqah dan akhlak untuk menjalani kehidupan berlandaskan syariat
Ilmu fardhu kifayah seperti kedoktoran, sains, ekonomi wajib dipelajari untuk bina kekuatan dan memelihara maslahat umat Islam

 

Dalil Naqli

وَلِلّٰهِ مُلْكُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا يَخْلُقُ مَا يَشَاۤءُ وَاللّٰهُ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

(17: ٱلمائدة)

Dan milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa yang Dia Kehendaki. Dan Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.

(Al-Maidah: 17)

 

Adab-Adab Menuntut Ilmu
Memuliakan dan menghormati guru
Menjauhi maksiat dan kemungkaran
Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah
Beramal dengan ilmu yang dipelajari
Tidak malu bertanya
Rajin berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT
Memohon doa dan keredhaan daripada ibu bapa
Niat menuntut ilmu ikhlas kerana Allah SWT

 

Kepentingan Beradab ketika Menuntut Ilmu
Mendapat ganjaran pahala
Ilmu diberkati
Mencapai kejayaan dalam hidup 
Mudah melakukan kebaikan dan ketaatan
Hidup menjadi tenang
Dipandang tinggi oleh masyarakat

 

Akibat Tidak Beradab ketika Menuntut Ilmu
Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru
Berdosa dan mendapat kemurkaan Allah
Ilmu yang dipelajari tidak membawa kebaikan pada diri
Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif
Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah 
Dipandang hina oleh guru dan rakan

 

Kelebihan Orang yang Berilmu
 Allah meninggikan darjat orang yang berilmu mengatasi kedudukan orang berharta
Menjadi pewaris nabi dan pemimpin ke jalan kebaikan
Menjadi contoh teladan dalam masyarakat
Didoakan oleh semua makhluk di langit dan bumi
Dipermudah jalan ke syurga
Ibarat berjihad di jalan Allah bagi orang yang keluar mencari ilmu