Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Chapters Guide
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Solat
23: Solat Mercu Kejayaan
23
Solat Mercu Kejayaan
Maksud Solat
Bahasa: Do'a
Istilah: Perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam
Syarat Wajib Solat
Islam
Baligh
Berakal
Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
Syarat Sah Solat
Menutup aurat
Yakin masuk waktu
Menghadap kiblat
Suci daripada hadas kecil dan besar
Suci daripada najis pada badan pakaian dan tempat
Perkara yang Membatalkan Solat
Berhadas sebelum salam yang pertama.
Bercakap dengan sengaja walaupun sedikit.
Meninggalkan satu daripada rukun solat.
Hilang ingatan kerana gila, pitam atau mabuk.
Terkena najis pada pakaian, badan atau tempat solat.
Pergerakan anggota besar seperti kepala, badan, tangan dan kaki sebanyak tiga kali
berturut-turut.
Berdehem, ketawa, menangis kuat, mengerang kesakitan atau menghembus dengan
mulut atau hidung jika zahir dua huruf atau satu huruf yang dapat difahami.
Makan atau minum.
Murtad.
Berpaling dada daripada arah kiblat.
Terbuka aurat dengan sengaja.
Berniat untuk memberhentikan solat atau berubah niat.
Rukun Solat
Niat.
Berdiri bagi yang mampu.
Takbiratul ihram.
Membaca surah Al-Fatihah.
Rukuk serta tomakninah.
I’tidal serta tomakninah.
Sujud serta tomakninah.
Duduk antara dua sujud serta tomakninah.
Duduk ketika membaca tahiyat akhir.
Membaca tahiyat akhir.
Berselawat kepada Nabi S.A.W dalam tahiyat akhir.
Memberi salam yang pertama.
Tertib.
SUNAT DALAM SOLAT
SUNAT HAIAT
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, rukuk, iktidal dan bangun dari tahiyat awal
Meletakkan tangan kanan di atas belakang tangan kiri ketika berdiri
Melihat tempat sujud
Membaca doa iftitah
Membaca isti’azah sebelum membaca surah Al-Fatihah
Menyebut amin selepas membaca surah Al-Fatihah
Membaca secara kuat (jahar) dan secara perlahan (sir) pada tempat-tempat tertentu
Melafazkan takbir ketika berpindah dari satu rukun ke satu rukun yang lain
Membaca mana-mana ayat al-Quran
Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud
Meletakkan kedua-dua tangan di atas peha ketika duduk tahiyat awal dan akhir
Duduk tawaruk ketika tahiyat akhir dan duduk iftirash pada tempat selainnya
Membaca selawat Ibrahimiah
Berpaling ke kanan ketika memberi salam pertama
Memberi salam kedua
SUNAT AB`AD
Duduk tahiyat awal
Membaca tahiyat awal
Selawat kepada Nabi Muhammad SAW selepas tahiyat awal
Selawat kepada keluarga Nabi Muhammad SAW selepas tahiyat akhir
Membaca doa qunut pada waktu subuh
Berdiri ketika membaca doa qunut
Selawat kepada nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda ketika membaca doa qunut
AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT
Orang yang meninggalkan solat berdosa besar
Menjadi penghuni neraka.
Boleh menjadi kafir jika menolak kefardhuan solat.
HIKMAH SOLAT
Memperoleh pahala dan meningkatkan darjat.
Mencegah perbuatan keji dan mungkar.
Membentuk disiplin diri dan akhlak mulia.
Memberikan kebahagiaan hidup dan ketenangan jiwa.
Hidup selamat, diberkati dan dikasihi Allah SWT.
Melahirkan masyarakat yang harmoni.
Penawar stress dan tekanan jiwa.
KELEBIHAN SOLAT DARI SUDUT SAINS
KETIKA
BERDIRI,
TAKBIRATUL IHRAM
DAN
QIAM
✓ Boleh meluruskan tulang belakang
✓ Membesarkan rongga dada dan menjadi satu latihan
pernafasan
✓ Melancarkan pergerakan sendi serta dapat mengelakkan
penyakit artritis
KETIKA
RUKUK, I’TIDAL
DAN
TOMAKNINAH
✓ Mengelakkan risiko penyakit tulang belakang
✓ Terapi untuk merawat dan mengurangkan sakit pinggang
✓ Memberikan ketenangan dan meningkatkan kewaspadaan
KETIKA
SUJUD
(SESUAI
DENGAN TARIKAN
GRAVITI)
✓ Meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke otak
✓ Kadar denyutan jantung dan tekanan darah lebih rendah
dan baik
✓ Paru-paru dapat berkembang dengan baik dan dapat
mengelakkan tuberculosis
✓ Meningkatkan penumpuan dan daya ingatan sehingga otak
menjadi lebih cerdas
✓ Proses peredaran darah menjadi lancar dan sempurna
MEMBENGKOKKAN JARI
KAKI KETIKA SUJUD,
DUDUK IFTIRAS DAN
DUDUK TAWARUK
✓ Meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan
✓ Melancarkan pengaliran darah ke jantung
✓ Merendahkan risiko penyakit jantung
KHUSYUK DALAM SOLAT DAN KEPENTINGANNYA
Bahasa
Istilah
Senyap, tunduk dan
merendah diri
Menumpukan hati di hadapan Allah
dengan menetapkan anggota,
memahami serta menghayati setiap
perkataan dan perbuatan yang
dilakukan dari awal hingga akhir solat.
KEPENTINGAN KHUSYUK DALAM SOLAT
Membentuk daya fokus terhadap tujuan hidup
Penghalang daripada melakukan kemungkaran
Dapat merasai nikmat menunaikan solat
Dapat merasai kemanisan iman
Memberikan kekuatan rohani
Mendapat pengampunan Allah SWT
Jaminan solat diterima Allah SWT
Dapat mencapai kejayaan dan kebahagiaan
PENGHALANG KHUSYUK DALAM SOLAT
Banyak melakukan dosa dan maksiat
Makanan, minuman dan pakaian daripada sumber yang haram
Banyak memikirkan perkara keduniaan
Solat dalam keadaan tergesa-gesa
Tidak memahami maksud bacaan dalam solat
Tidak menjaga adab ketika berwuduk
Solat pada waktu makanan terhidang, ketika lapar atau mengantuk
CARA MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT
SEBELUM SOLAT
Menunaikan solat pada awal waktu.
Menyempurnakan wuduk dengan menjaga sunat dan adab-adabnya.
Mendahulukan solat sunat rawatib.
Menjauhkan tempat solat daripada segala gangguan.
Peranan
ANGGOTA
ketika solat
Mata melihat tempat sujud ketika berdiri.
Tidak berpaling, menjeling atau melakukan pergerakan yang bukandaripada perbuatan solat.
Peranan
FIKIRAN
ketika solat
Memahami dan menghayati maksud bacaan dalam solat.
Tidak memikirkan hal-hal keduniaan.
Peranan
HATI
ketika solat
Yakin bahawa Allah SWT mengetahui perlakuan kita.
Merasakan seolah-olah kita melihat Allah SWT atau Allah SWT melihat kita.
Menghadirkan rasa gerun terhadap kehebatan Allah SWT.
Menganggap solat yang ditunaikan sebagai solat yang terakhir.
Chapter : Feqah
Topic : Solat
Form 1
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 1
Related notes
17: Konsep Ibadah dan Jenis Hukum
Feqah (Bahagian 2)
18: Bersuci Asas Kebersihan
19: Suci daripada Najis
20: Istinjak Suatu Tuntutan
21: Wudhu dan Syarat Kesempurnaannya
01: Mukmin yang Bertakwa
Al-Quran (Bahagian 2)
02: Memohon Kebahagiaan Hakiki
03: Maha Suci Allah
Report this note
Online Tuition
Live class daily with celebrity tutors
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
View video m
View note m
Account