13: Islam Agama Fitrah

13  Islam Agama Fitrah

Islam Agama Fitrah
Agama Islam sesuai dengan naluri fitrah beragama manusia 
Naluri fitrah beragama manusia ingin menyembah dan berdoa kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa serta menjadi pelindung kepada manusia

 

Islam Agama yang Benar dan Sesuai dengan Fitrah Manusia
Allah mencipta manusia dan seluruh alam
Allah mengetahui perkara yang baik dan buruk yang diperlukan oleh manusia dan alam
Oleh itu, Allah menetapkan peraturan tertentu sebagai batasan dan panduan yang perlu dipatuhi

 

Dalil Naqli

فَاَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّيْنِ حَنِيْفًا فِطْرَتَ اللّٰهِ الَّتِيْ فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيْلَ لِخَلْقِ اللّٰهِ ذٰلِكَ الدِّيْنُ الْقَيِّمُ وَلٰكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُوْنَ

(سورة الروم : 30)

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam), (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu; tidak ada perubahan pada ciptaan Allah; (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

(Surah Ar-Rum: 30)

 

Ciri-Ciri Islam Sebagai Agama Fitrah
Rabbaniyyah (Ketuhanan) Agama yang bersumberkan wahyu Allah SWT, iaitu daripada Al-Quran dan Hadith
Syumuliyyah (Lengkap) Agama yang lengkap dan memenuhi semua keperluan hidup manusia 
Waqi'iyah (Realistik) Agama yang sesuai diamalkan di semua tempat dan sepanjang zaman
A'lamiyyah (Sejagat) Agama yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan budaya
Ukhrawiyyah (Akhirat) Islam bukan sahaja mementingkan kesejahteraan jasmani, malah menjamin kesejahteraan rohani untuk kebahagiaan dunia dan akhirat